Apa Ni Malaysia?
Aku bangga dengan apa yang anak tempatan kita telah hasilkan dalam bidang kreatif. Memang banyak hasil-hasil kreatif kita telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Agensi pengiklanan di Malaysia memang bertaraf dunia, dan sudah beberapa kali agensi-agensi tempatan kita memenangi anugerah di peringkat antarabangsa. Memang terbuktilah kreativiti kita.
Sedikit sebanyak undang-undang serta syarat yang mementingkan hasil kreatif kita banyak membantu. Aku pasti kamu tahu bahawa salah satu syarat untuk iklan tv misalnya, ia haruslah dihasilkan dalam negara, menggunakan tenaga kerja anak tempatan. Dari model, pengarah, penyunting, tukang buat air, macai, semuanya, menurut syaratlah, wajib menggunakan orang tempatan.
Tapi betul ke undang-undang ni dikuatkasakan?
Memang tak betul. Paling ketara, kalau anda perhatikan, banyak iklan kita menampilkan model bukan dalam negara. Tak kisahlah, orang Filipina ke, orang Thai ke, semua ada. Ada satu iklan syampu rambut, memang ketara bukan orang Melayu, walaupun orang serumpun Asia. Iklan pewangi badan, nampak macam orang Malaysia, tapi bukan. Ada satu lagi, iklan pencuci baju, memang iklan dari Indonesia. Yang lagi satu tu, iklan mi segera, terus guna band dari Indonesia sebagai endorsee. Memang ada, walaupun sekali pandang macam orang Malaysia, tapi sebenarnya bukan.
Dulu kecoh hal model-model Mat Salleh yang muncul dalam iklan tv kita. Jadi, sebagai loophole, mereka menggunakan model-model dari Asia. Yang dirakam luar Malaysia, yang disunting di luar Malaysia, cuma mungkin didubbing ke Bahasa Melayu di sini. Macam mana orang kita nak cari makan?
Tapi yang paling aku bingit ialah iklan yang memang sah bukan dari Asia pun. Ada banyak, kamu mesti perasan dulu. Iklan kereta yang ada Brad Pitt, iklan minyak wangi mahal jenama high-fashion yang kira semua Mat Salleh lah.. Jadi, untuk membolehkan iklan itu disiarkan, banyak badan-badan korporat 'memaksa' stesen tv di Malaysia dengan mengeksploitkan satu lagi loophole, dengan menggunakan iklan yang disunting itu sebagai satu 'rancangan' tv, atau rancangan tajaan stesen tv tersebut.
Cuba perhatikan. Paling banyak di NTV7. Iklan luar tersebut akan bermula, tapi di akhir iklan itu akan keluar logo NTV7. TV3 pun ada. Memang untuk mengejar wang, stesen tv tempatan sanggup berbuat begitu. Kiranya, kalau mereka meletakkan kata-kata 'Dengan kerjasama TV3/NTV7/8TV' iklan luar tersebut akan dikelaskan sebagai rancangan ataupun trailer rancangan luar. Sebab memang stesen tv tempatan dibenarkan untuk menyiar rancangan luar. Secara langsung, iklan luar akhirnya dapat disiarkan di stesen tv tempatan dengan senang sahaja. Mudah.
Orang Kementerian Penerangan tak kisah ke? Dulu bising muka pan-asia lah, muka caucasian lah. Muka Brad Pitt/Britney Spears/Keira Knightley tak kisah?
Apa jadi kat semua production house di Malaysia? Takkan semua nak harapkan Yasmin Ahmad, nak buat iklan khas menyayat hati beberapa kali dalam setahun (iklan Merdeka, iklan Raya/Deepavali/Tahun Baru Cina). Jadi kalau tiada iklan begini memang dia orang ni semua tak ada kerja buat iklanlah kiranya?
Tak silap aku, selain dari trailer wayang, memang semua iklan di tv tempatan haruslah iklan tempatan. Apa dah jadi?
Money talks.
Biasalah. Dah ada duit, badan-badan korporat di Malaysia memang besar 'suaranya'. Product placement di sana sini, dari rancangan anugerah tajaan si anu dan rancangan drama remaja tajaan si ani, memang bersepah. Menjengkelkan. Sampaikan nama rancangan terus dah letak nama badan korporat. XXX by (letak nama badan korporat).
Kalau orang Malaysia tak payah menjual diri pada jenama korporat kan senang. Tak payah menunduk rendah-rendah pada jenama yang inginkan product placement berlebih-lebihan. Takkan dalam satu drama semua orang pakai telefon Nokia kot?
Sampai bila nak agung-agungkan orang luar?
Satu lagi, sampai bila nak agung-agungkan artis luar yang dah lama hilang status rakyat Malaysia? Ya, Guy Sebastian dan Che'nelle bukan orang Malaysia, takkan nak masuk carta sama untuk orang Malaysia? Tak aci.
10 orang ada pendapat sendiri:
saya setuju, lagi2 bab artis yg dah hilang kerakyatan tu. entah2 dulu masa kat malaysia dia orang menyanyi juga, tp org kita pandang sebelah mata pun tidak. sekali bila dah tempah nama kat negara luar, org kita mula terpekik2: "itu org malaysia! bangga bukan?" tahi.
dlm news kata, org malaysia dah kekurangan penyumbang kreativiti, dah kehabisan artis, dah kekurangan seniman, sedangkan yg ada depan mata ramai tunggu nak digilap sstgh pihak buat2 buta tak nampak. *sigh*
tahi..
hehe
tengok tv saja dah sakit hati.
haih.
haih....model video clip jason lo pon pakai model omputih. pakai lah org macam aku. walaupun umur aku tak mencecah lebih 21 tahun dan masih tergile gile kan org yang dipikir ROCKSTAR (lagi tua lagi suke), aku rasa lebih bagus kalau paparkan muka melayu dan fesyen ingin-jadi aku ni.
*tunduk rasa kesal
tapi...tapi che'nelle hot gila doh..heh
+PM14
According to a friend in advertising industry, there was a law against use of foreign faces in our local advert. This was in 1999/2000.
I suppose the law has been conveniently forgotten, just like lesen tv.
tumpang lalu, sy first time tiba disini, kawan rekomen.. mmg molek juga blog nih, boleh jadi bahan penyumbang kegiatan didepan pc selain dari carik movie lama di site torrent dan tahniah kepada blogmaster
cakap pasal org malaysia yg dah agak hilang ke'malaysia'annya.. bukan dalam seni je, bola pun ade. tinggal nama shaun maloney tuh tak top je kat malaysia nih (sape yg ikut SPL dan fan celtic sure tau), bebaru nih dia pindah ke westham baru la org agak peka yg dia nih lahirnya org malaysia (seblum dia main di epl, database mengatakan dia org kangar, tapi dah update plak lahir miri). kata la klu dia pindah ke kelab yg lebih prominent mcm man city ke, everton ke, spurs ke.. mau umum mengatakan dialah missing link kepada mutu bolasepak kita yg kita tunggu lepas zaman arwah super-mokh.. dan FAM akan dihentam lagi pasal tak buat keje utk yakinkan shaun utk take up full malaysian nationality sekaligus merobah rupa bolasepak kita dgn bermain sebagai 2nd stringer di scotland.. panjang sangat eh? mahap tuan tanah, tak niat mencabul ruang komen nih... anda hebat!
RALAT : shaun maloney hijrah dari celtic ke aston villa.. bukan west ham.. maaf diatas kekalutan warna jersi. habit
ari-
yes i realize that. nowadays i notice foreign ads (obviously shot overseas) with foreign celebs are being blatantly shown WITHOUT the tv station branding i.e. "Brought to you by NTV7/8TB/TV3"
blatant exploitation of the law, i say!
nerdfreak-
maaf aku tak minat bola.
minta maaf. lagi satu bad habit.
anda & blog anda masih hebat. keep it up~
Catat Ulasan