Makanan Yang Aku Tak Ingin Lihat Di Pasar Ramadhan.
Aku tak tahulah kamu semua rasa macam mana, tapi aku sedih lihat Pasar Ramadhan sekarang. Semuanya penuh dengan orang yang inginkan duit senang. Macam dah bertemplate. Semua makanan tak seberapa yang kita semua terbeli sebab terpedaya dengan taktik marketing dan perut kita yang dah lapar. Masuk bulan puasa aje, tiba-tiba makanan yang ala kadar tak berapa sedap banyak muncul. Di sini saya paparkan jenis makanan yang memang sebenarnya aku tak ingin lihat di Pasar Ramadhan. Tapi MESTI ada di setiap Pasar Ramadhan.
1. Murtabak
Selain dari Murtabak Johor (atau Singapura. Dah berabad-abad orang Johor dan Singapura bergaduh pasal harta intelek Murtabak istimewa ini) yang memang sedap, tiap-tiap Pasar Ramadhan mesti ada sekurang-kurang 5 gerai yang menjual Murtabak yang paling tak sedap ini. Saiznya berukuran lebihkurang 5sm x 5sm, memang kecil, selalunya berharga antara RM2-3. Aku tak tahu kenapa, tetapi selalunya berwarna kuning dan berminyak gila. Mesti sebab dapur kotor dan minyak tak ditukar. Inti tak penuh, kulit sahaja yang tebal. Mesti dah berlonggok kat atas dapur, dah berjam-jam disediakan, yang kita dapat hanya yang sudah sejuk. Tiap-tiap kali beli mesti rasa tertipu tapi mesti beli juga.
2. Popia
Tak kisahlah sama ada digoreng atau tidak, bila tiba buka puasa sahaja mesti sudah tak sedap. Popia lah paling rasa tertipu sekali. Semuanya gara-gara presentation yang agak menarik. Macam sedap, tapi mesti tak sedap.
3. Roti John
Menu paling mudah untuk disediakan oleh Mat Rempit yang inginkan wang mudah. Memang boleh jadi skim cepat kaya. Roti John yang sedap memang banyak daging Burger Ramly yang dicincang bersama kari, tapi yang dijumpa di Pasar Ramadhan lebih banyak telur dari daging. Baik beli roti telur. Mesti tawar.
4. Kebab
Dahulunya makanan yang agak eksotik, tapi sekarang di mana-mana Pasar Ramadhan mesti ada. Presentation dia memang agak menarik, dengan daging yang didirikan menegak dalam pemanggang khas. Memang mudah tertipu. Bila makan sahaja mesti daging liat dan tawar. Roti pitanya pun keras. Orang Arab yang datang Pasar Ramadhan mesti tak beli punya.
5. Satay
Ataupun satay mini. Mesti komposisi lidi lebih tinggi dari daging. Masa berbuka pasti kecewa sebab sudah sejuk, dan tak cukup rempah. Pasal kuah kacang dia memang jangan cerita lah. Pasti semua pernah menjadi mangsa.
6. Kuih Tepung Pelita
Yang di Pasar Ramadhan mesti cair gila, dengan ketulan gula yang kasar. Memang mudah tertipu dengan presentation yang gempak. Nampak pengkukus kayu yang ditimbun tinggi-tinggi sahaja kita sudah mudah tertipu. Lepas itu masa makan mesti daun yang distaple itu terbuka, habis baju kena inti kuih.
7. Rojak/Pasembur
Biasanya mamak-mamak yang beroperasi dari van putih akan mengambil peluang berniaga di Pasar Ramadhan. Mudah sahaja, bawa van, parking tepi, terus jual. Memang tak istimewa pun tapi perut yang lapar membuatkan semuanya jadi istimewa. Rojak Singapura sahaja yang sedap, sebab banyak ramuan...
8. Mi/Soto Ayam
Orang berpuasa memang tak boleh buat sup. Mesti tawar. Kalau takpun manis, atau masam, atau memang rasa-rasa yang tiada dalam sup biasa. Lupakan saja lah. Tak kisahlah kamu letak mi ke, bihun ke, nasi himpit ke, semuanya sama. Mesti banyak bawang goreng sahaja.
9. Otak-otak
Paling senang nak dijual. Supplier yang menyediakan otak-otak dalam jumlah yang besar sudah bersepah. Buat panggilan telefon, beli dapur pembakar, semuanya sudah tersedia. Yang gunakan lidi masih boleh diterima. Yang pakai stapler tu yang tak boleh tahan. Walaupun murah tapi kandungan otak-otak secubit sahaja. Kita beli, lepas tu kita rasa bodoh sebab tertipu. Mudah sahaja nak buat duit di Pasar Ramadhan sebenarnya.
10. Nasi Beriyani Johor
Mesti diletakkan dalam periuk besi aluminium yang besar-besar. Lepas itu tambahlah nama 'Mak Minah' atau 'Mak Limah', lepas tu letakkan nama tempat yang bukan tempat Pasar Ramadhan tersebut. Misalnya kalau buka gerai di Pasar Ramadhan Subang, boleh letak 'Nasi Beriyani Mak Minah Keramat'. Nak lagi kick tambah perkataan 'gam'. Mesti laku punya, walhal tiada beza apa-apa pun. Mesti kecewa sebab masa kita beli pun dah sejuk. Tak akan ada nasi beriyani yang panas di Pasar Ramadhan.
Walaupun begitu, ada Pasar Ramadhan yang mempunyai jenis makanan yang unik, dan peniaga yang benar-benar ikhlas dah tak lokek dengan ramuan. Ada, tapi malangnya tak ramai. Jangan tertipu dengan barisan yang panjang, itu semua taktik marketing.
Kita cuma rajin menilai, dan pandai membeli. Orang berniaga di pasar malam ini memang pandai, sebab dia tahu kita tak boleh test makanan dia di gerai, sebab kita berpuasa. Lain kali mudah sahaja, bawa sahaja rakan kamu yang bukan Islam, suruh dia cuba try test tengok.
24 orang ada pendapat sendiri:
setuju!
murtabak paling sedap kat tanah merah klantan.Harga singgit 2posen je tapi memang tak kedekut inti dan sedap.kat kl tak pernah jumpa lagi.
ni nak raya sakan punya pasal.....niaga pun tak ikhlas....
tapi yang niaga tu,tak tunggu nak raya pon,time lain sama je jugak..dah la mahal cam ripley's believe it or not,tak sedap plak tu..
haha betul betul.
tapi aku terlupa letak 'Ayam Percik'.
selalunya nampak sedap.
tapi tak sedap pun.
hmm..tu baru makanan tu, belum lagi air2 yang dijual kat bazar ramadhan..warna je lebih, rasa macam air kosong gak..
nasib baik sepanjang bulan puasa nih gua belom skalipon lagi menjejakkan kaki ke bazar ramadhan..
Sangat betul! Dalam 100 yang berniaga tak sampai sepuluh yang betul-betul tau masak...yang lain tu semuanya karnivor kapitalis...Pasal ayam percik tu ntah apa la yang perciknya...peluh kot duk terpercik masa kipas ayam tu.
tak sedap tak sedap pon terpaksa jugak beli, abih apa pilihan yg ada?Ari2 nak masak lepas balik keje pon letih gak.Tapi lauk mmg jarang beli, takut terbeli yg basi.Diorang ni kadang2 panaskan je lauk yg smalam punyer atau kelmarin.Sekali nak makan ajer...bau semacam...huhh!sakit jiwa!
its funny.
right after i posted this entry, i bought some food at a Pasar Ramadhan, food I've never bought before.
And ended up with food poisoning.
Tuhan Maha Adil.
i once ate a karipap with a ciggy butt inside. the horror!! if i knew, i would have opt for a real ciggy for buka instead. ujian tu...
sepanjang berbuka dengan membeli juadah di pasar ramadhan tahun ni, saya dah tiga kali food poisoning (setakat ni). tahun lepas pon banyak kali food poisoning juga.
bagi saya, pasar ramadhan ni dah sinonim dengan makanan basi, makanan busuk dan makanan masak ala kadar *sigh*
Kau puasa ke?
Best apa pasar ramadhan. Walaupun aku tak setuju kebanyakan pasar ramadhan ni bukak lambat.
Cuba pagi-pagi bukak, kan senang?
Biasa ah Mike, puasa Harimau jer.
Tu ah. Bukak pagi kan bagus.
At least tengahari lah.
food poisoning?fortunately tak pernah kena.Sib baik gak aku bukan kaki 'tunjuk' kat pasar ramadan tuh.masak megi lagi selamat kot..huhu
ayam golek pun takleh blah gak.
haduh.
pasal murtabak, minggu lepas aku 'bernasib baik' dpt yg ada inti tambahan, kulit telur, rangup!
kelmarin pula, ternampak satu gerai murtabak yg buat marketing baru, ada signboard kecik: "Telur basuh"
tahun ni first time aku cuba murtabak sardin. ok gak, kurang minyak. akan cuba 2nd round sebelum tamat ramadan. sebab bulan2 lain mcm tak jumpa version ni.
peh..lg satu yg x boleh blah..soto ayam..peh...aku punya terasa hati dan spt dirobek hati bile ku mkn..ayamnye dhlah itam keras malah rasernye..huh....mmg dajallah..bln2 posa ni medajal org...mmg mcm ayam busok malah bacin..tah bile thnnye ayam tah..ye r ..nme pon ayam dh mahal...cittt
anonymous-
soto ayam ada per... #8 kat atas..
Bro, lu orang JB ke? Asyik cerita benda2 Macam Rojak Singapore/JB dengan Murtabak Singapore/JB? Kampung mana? Majidee ke?
Tapi memang betul, rojak Singapore (aku panggil Asma Rojak) memang sedap. Kat Klang Valley ni aku tak pernah jumpa. Pernah aku bawak mak aku jejalan kat KL, pergi la Mid Valley, makan kat foodcourt. Mak aku tanya, asma rojak takde ke? Aku hampir tergelak kuat.
Yang paling dekat dengan asma rojak ialah Yong Taufu. Pasal kaedah sama (kena pilih dulu makanan). Tapi kuah lain, pastu tak yah rebus dulu. Bahan tetap kalau aku/famili aku pilih? Paru lembu dengan sotong merah, dan juga cucur udang. Bebaru ni je diorang banyak guna breaded fishballs dll.
Asma rojak paling sedap? Kat Larkin. Depan Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee pun macam OK. Oh ya, kat tempat sama juga ada Murtabak Singapore/JB. Sesaper tak pernah rasa murtabak Singapore, korang belum hidup lama.
Cis, time puasa ni la criter pasal makan.
penang pasemborg bang, pasemborg...pas tuh sotong ketuk pergh, terangkat. johor johor kitaorang tak main eh... :)
nk sedap, masak sendiri r..
org yg niaga tu, if die jual yg food yg ada poison pn lantak r die.. itu hal die dgn Allah.. jual x jujur.. nk cr rezki kena amanah..
suatu masa dahulu dalam tahun lepas. saya penah jumpa seorang peniaga pau yg jual pau diameternya hampir sebesar satu cd. pau itu sangat besar utk standard pau biasa dan sesatunya pau yg ada ketulan daging ayam atau daging sebesar ibu jari, dalam dua tiga ketul.. ATLEAST!. dan dikukus menggunakan tray traditional. dan harga dia range dari rm1.50 (pau kaya) hingga rm2 (inti ayam/daging). tapi mmg berbaloi. klu ada sesape tau kat mana ade org jual pau macamni, bagitau lokasi (lembah klang sahaja) last ada kat shah alam. sesungguhnya brader tuh dah tak dapat dikesan...
Ape masalah ko sebenarnye ni....
pasal makanan pun nak kecoh...'
ko x nak makan..just shut up.
Catat Ulasan