Ahad, September 02, 2007

Aku Lambat Merdeka.

Ya, aku tahu kita Merdeka dua hari lepas. Tapi baru hari ini aku nak tulis pasal kemerdekaan.

Kemerdekaan minda.

Bukan, aku tak ingin menulis pasal 'memerdekakan diri dari pemikiran penjajah' atau benda-benda yang sewaktu dengannya. Aku rasa 99% blogger Melayu kat Malaysia ni tulis macam tu. Buat apa aku nak buat benda yang sama, bukan?

Aku nak tulis pasal memerdekakan minda dari pemikiran kolot.

With all due respect, aku sedar diri aku siapa, dari mana aku datang, apa bangsa aku, macam mana mak bapak aku hidup dahulu, dan semua tulah. Tapi, aku Melayu tahun 2007. Hidup di zaman globalisasi dan kemudahan internet, 3G (yang tak laku) dan handphone murah. Aku lain dari kamu.

Kamu yang tulis blog pasal artis yang kahwin dengan artis mana, kamu yang suka cari video 'hantu' di YouTube, kamu yang kecoh pasal anak artis pegang anjing/babi/botol arak, kamu yang suka jaga tepi kain orang (biasalah, orang Melayu). Kamu, kamu dan kamu.

Memang malang, jika difikirkan kita yang hidup di Malaysia, yang mempunyai perkhidmatan broadband yang agak bagus (ya ka Streamyx? ok lah kot, berbanding Afrika atau Pulau Easter), dan mempunyai tv kabel berpuluh-puluh rangkaian tv.

Tapi orang Melayu kita apa yang dia orang buat dengan semua kemudahan ini?

Mereka buat apa yang majalah Mastika/Mangga buat, tapi dalam skala yang lebih besar. Skala sedunia. Lihat sahaja bahagian Bahasa Melayu di wikipedia.org. Apa yang ada? Tak banyak.

Artis, anak artis, babi, anjing, rempit, hantu, gedik, curi assignment. Itu sahaja yang mereka tahu.

Sungguh malang untuk anak-anak merdeka 50 tahun akan datang.

Baiklah, aku akan sambung kemudian. Jiran-jiran perempuan Melayu berbikini aku ajak aku ke kolam renang..

2 orang ada pendapat sendiri:

Tanpa Nama

err..
adakah saya tergolong sama?
saya tak merasa pedasnya kerana saya tidak dibenarkan untuk cili dalam kuantiti yang banyak.
mungkin tidak kot.
:)

-d0ne-

Melayu Minimalis

haha entahlah.
kalau tak rasa pedas maksudnya tak makan cili lah tu.