Jumaat, September 07, 2007

Peranan Hipster Dalam Masyarakat.

Terus terang aku cakap, aku tak benci hipsters. Tapi tak bermaksud aku sukakan mereka. Aku lebih suka orang yang low-profile, orang yang, walaupun dirinya hipster, tak suka menunjuk-nunjukkan kehipsteran dia. Tapi bukan orang poyo.

Kiranya orang yang buat hal sendiri lah. Macam aku buat hal aku sendiri. Aku tak peduli pun apa orang keliling aku cakap. I just mind my own business. Aku tak kacau kau, kau tak kacau aku. Masalahnya timbul bila hipster-hipster ni semua nak perhatian. Maklumlah tak cukup perhatian kat rumah.

Hipsters who try too hard.

Tapi realitinya orang-orang yang bergelar hipster ini relevan dalam masyarakat kita. Walaupun bukan budaya kita, tapi yang pentingnya, ia masih budaya. Budaya hipster.

Lihat sahaja Singapura. Aku rasa lebih 64.3% dari mereka yang berumur antara 18-30 tahun adalah hipsters, berbanding dengan 34.2% (maklumat tiada kesahihan, hanya anggaran teramat kasar) di Malaysia, yang 97.2% daripada bertumpu di kawasan Lembah Kelang. Beza Singapura dengan Malaysia senang, Malaysia dikirakan negara membangun, mungkin juga baru lepas dari label Negara Dunia Ketiga, dan Singapura mula berarah ke Negara Berindustri.

Apa ertinya ini semua?

Mudah sahaja. Lihat Kerajaan Singapura. Untuk mencapai label Industrialized Nation, sebuah kerajaan bukan saja perlu menyediakan infrastruktur perindustrian, perdagangan, perumahan dan sebagainya, tetapi kerajaan itu juga perlu menyediakan infrastruktur untuk menjana kreativiti.

Dalam kata lain, aspek seni dan kreativiti penduduknya adalah satu kriteria untuk mencapat tahap impian negara berindustri. Kena ada budaya, seni, tarian, muzik. Kiranya kerajaan di sana WAJIB menyediakan infrastruktur untuk membolehkan rakyatnya berkarya kreatif.

Sebab itulah kalau kita lihat, kerajaan Singapura membina Esplanade, kawasan teater dan muzik indah di muara Sungai Singapura, ada banyak festival-festival muzik yang disokong (dan ditaja) oleh kerajaan, banyak program pertukaran kreatif antara Singapura dan negara lain, malah di sana ada sebuah kelab (di sini bermaksud disko) tajaan kerajaan. Kiranya kerajaan amat menggalakkan anak-anak seninya berkarya dan membina budaya kreatif mereka sendiri.

Dan siapakah mereka ini? Siapakah yang menjadi pengguna-pengguna infrastruktur ini? Hipsters, pastinya. Ataupun dalam erti kata lain, mereka yang peka tentang peredaran masa dan trend muzik, fesyen, senireka dan lain-lain. Kiranya, tak banyak halangan untuk hipsters ini untuk berkarya dan enjoy. ("Are you enjoy?!!" kata si Ella.)

Sekarang kita lihat di Malaysia pula. Kita masih di tahap negara membangun, jadi mungkin kerajaan kita lebih peka menyediakan infrastruktur berunsur pembangunan secara am iaitu bangunan paling tinggi, jambatan paling panjang, sate paling besar, jalan paling berlubang dan sebagainya. Selain dari unsur kebudayaan yang selamat berunsurkan Karyaneka/Dataran Merdeka dan Siti Nurhaliza/Mawi, memang tiada sistem sokongan untuk pemuzik/penari/pelukis/pengarah yang berkarya di LUAR istilah 'budaya' kerajaan. Sikit-sikit gig-gig kecil dicap Black Metal, penuh dengan seks rambang dan penyembelihan kambing. Rappers yang ingin berkecimpung dicap pengalam seks rambang beramai-ramai dan pengarah muda yang ingin bereksperimen dilabel pengarah video lucah dan macam-macam lagi. Memang tiada sokongan.

Apa yang aku mengarut ni? (Hilang arah tujuan sekejap)

Oh ya, senang cerita, sama ada kita suka atau tidak, golongan hipsters ni lah yang sedikit sebanyak mempengaruhi tahap kreativiti negara kita. Mereka lah yang tahu apakah yang 'in', apakah yang diinginkan oleh golongan kreatif. Penjualan buku, majalah, pakaian, muzik banyak bergantung kepada golongan ini. (Mungkin). Lagi besar golongan ini, lagi besar 'penggunaan' kreatif kita. Sama ada mereka melakukan dengan sebab yang betul atau hanya mengikuti trend tak penting. Yang penting, jumlah mereka secara tak langsung mempengaruhi skala kreativiti negara kita. Lebih tinggi penggunaannya, maka kedudukan negara kita di skala kreatif lebih tinggi.

Masalah tak ramai. Sebab itu kita masih di peringkat Negara Membangun.

Jadi jangan pandang rendah si hipster ni ya? Mari kita beramai-ramai meramaikannya!

5 orang ada pendapat sendiri:

Melayu Minimalis

macam politik sangat la post ni. tak suka.

Azzu

sekurang2nya post ni sedikit sebanyak mengubat hati orang2 terluka yg merasakan mereka di label hipster dlm post lepas (saya bukan salah seorang)

:D

Melayu Minimalis

hipster bagus apa.
mari, mari, ramaikan majlis.
luruskan saf.

Bob Dyldo

"Are you enjoy?" Tu la Ella, masa kelas bahasa inggeris kat sekolah sibuk nyanyi kat belakang kelas, konon2 cool. Skarang dah pecah berkecai bahasa inggeris kau...hehehe.

shaa

kenapa ya ramai budak sekolah (bongok) yang suka tunjuk yg mereka tu indie/ hipster? i mean i bet they dont even know apa itu hipster/ indie. seriously. one came up and asked me, "weii, indie tu apa?" and dia tu letak dalam myspace dia, I LOVE INDIE". ahaaaaaaa.