Isnin, September 03, 2007

Zaman Sekolah Berulang Kembali.

Macam-macam drama ada dalam hidup aku sekarang ni. Yang terkini kisah dua orang kawan perempuan aku, yang masing-masing tak ingin melihat batang hidung masing-masing. (Ya, aku pernah melihat kedua-duanya berbikini di kolam renang.)

Dahulunya memang rakan sejoli, ke sana-sini bersama-sama. Tapi alkisahnya, Perempuan A telah berjumpa dengan buat hatinya, dan berdasarkan apa yang aku tahu, si dia ni memang batu api.

Jadi memang macam-macamlah di batu apikannya. Pasal duit, pasal reputasi, macam-macam. Dipendekkan cerita, kedua-duanya mulalah bercerita yang bukan-bukan perihal satu sama lain.

Perempuan B ni sebenarnya aku kenal lebih lambat dari Perempuan A. Mula-mula memang aku selalu lepak dengan Perempuan A, tapi masa tu, aku pun kurang senang dengan buah hati si A ini. Selang beberapa bulan kemudiannya, aku berjumpa dengan Perempuan B. Mula-mula memang aku tak tahu yang si A dan B ni kenal diri masing-masing, tapi akhirnya aku dapat tahu Perempuan B ni lah perempuan yang A cakap macam-macam benda buruk pada aku. Dia ni macam tulah macam ni lah. Biasalah, perempuan.

Jadi aku tanyalah si B, kenapa si A cakap sebegitu. Maka bermulalah drama. Versi A dan versi B. Dua-dua ada cerita masing-masing. Pening aku dibuatnya, kerana aku orang tengah. Macam-macam cerita aku dengar.

Dan kebetulan pula, teman wanita aku ni rapat dengan si A, walhal aku sudah mula rapat dengan B, berjiranlah katakan.

Bukan main tak suka lah teman wanita aku ni dengan si B, walhal secara tulusnya dia tidak pernah berkata sedemikian, tapi aku sebagai seorang lelaki kadang-kadang faham perasaan wanita.

Jadi aku tersangkut di tengah-tengah. Bukan main drama, e-mel dihantar ke sana ke mari, SMS berlambak-lambak. Rimas aku dibuatnya. Aku cakap suruh mereka berdua selesaikan sendiri, tapi dah terlambat, aku memang terlibat.

Tapi berdasarkan pemerhatian aku, dan juga menurut cerita kawan-kawan si B (yang dahulunya rapat dengan A pun) aku lebih percaya kepada cerita B. Malah A sendiri mengaku tersilap, cuma dia enggan menyelesaikan masalahnya dengan si B.

Masalahnya untuk aku, si A rapat dengan teman wanita aku. Aku memang tak ingin berjumpa langsung dengan si A, jadi teman wanita aku pun termakan hati. Dia kata dia tak faham kenapa aku selalu membela B, dan sudah pasti teman wanita aku berada di pihak A bukan. Jadi kesimpulannya aku tersangkut di tengah-tengah.

Pening pening. Dah dua kali bergaduh, dan kedua-dua kalinya berkenaan si A dan B.

Dan kebetulan juga, akhirnya si A sudah berpisah dengan buah hati batu apinya. Aku sebenarnya suka dengan kedua-dua mereka, memang mereka kawan-kawan yang baik dan mesra (ya, aku lebih ramai kawan perempuan dari lelaki. Mungkin sebab itu aku sudah lali dengan keseksian wanita sebab selalu sahaja aku lihat itu dan ini tersembul, terjolok mata aku), jadi memang aku berharap mereka akan berbaik semula.

Seingat aku, zaman sekolah menengah aku dulu pun tiada sedrama begini. Biarkan.. Ni baru drama kawan-kawan aku, bukan drama aku sendiri. Cerita Lain. Aku tak sabar tunggu Astro aku disambungkan kembali. Lambat betul.

4 orang ada pendapat sendiri:

Tanpa Nama

encik, saya bagai pernah mengalami yang sama cuma pendekatannya, saya selesa untuk berkawan dengan kedua-duanya yang mana menterkedukan mereka sendiri sebab saya tidak mengata ya mahupun tidak.( hanya katakan TAK NAK kepada rokok )
akhirnya kami ber-3 bersahabat baik ( dan mereka dah tentunya kembali rapat )
bangga?? jauh di sudut hati tu, ada la sikit sikit tapi lebih bahagia bila sampai sekarang mereka masih lagi baik walaupun saya tercampak jauh antara benua :)

**sekadar berkongsi pengalaman.

-d0ne-

Melayu Minimalis

Update! B telah menghantar email ke A, dan akhirnya A telah membalas. Nampaknya mereka akan bertemu minggu ini untuk menyelesaikan masalah berlarutan ini. Sambil minum arak.

Tanpa Nama

jyeah.

Melayu Minimalis

masalah dah pun selesai.
they're friends again.

kan senang.