Ahad, September 16, 2007

Aku Harus Lebih Bersosial.

Aku perasan sejak kebelakangan ini aku jarang keluar rumah. Pergi kerja, balik kerja, lepak di rumah. Balik rumah terus berinternet atau layan Astro. (Astro! Sila jangan hantar Astro Guide versi Bahasa Cina ke rumah aku!!) Jarang berinteraksi dengan orang lain, selain dari rakan sekerja. Selain dari mereka, hanyalah teman wanita aku, dan kadangkala jiran-jiran perempuan aku yang semuanya berbuah dada besar.

Dulu aku memang kaki sosial. Bermula dari zaman DV8 di Petaling Jaya pada pertengahan tahun 90an (tempat tu legend beb, tempat aku mula-mula nampak Erra Fazira, masa tu masih dengan encik machonya, Awie. Zaman Exist dan M'steen mabuk sampai pecahkan gelas arak!), sehinggalah ke Hard Rock Cafe ketika ia masih popular (ya, dulu tempat ni memang paling popular. Saban hujung minggu orang beratur panjang sampai ke pintu Concorde Hotel), zaman-zaman Movement (hands down the best club in Malaysia EVER!) hingga ke zaman komersialisasi clubbing sekarang di Zouk dan Maison.

Macam-macam acara aku pergi. Perasmian butik, perasmian kerusi sandar, majlis pra-pendengaran album baru. Paling best pergi majlis dapat berjumpa Nasha Aziz (walaupun ketika itu dia berbaju). Sampai sekarang masih dijemput, cuma aku lebih selektif agar tak payah melayan karenah orang yang aku tak suka.

Macam-macam jenis orang yang aku jumpa, dari drag queen yang terlebih pembedahan plastik, anak-anak raja seksi bertatu, kanak-kanak hingusan yang baru nak berjinak dengan arena sosial, abang-abang 'tiga line' yang bermisai, dan macam-macam lagi.

Dari tempat-tempat begitulah aku selalu membuat perhatian, tentang hierarki sosial kaum-kaum socialite di Malaysia. Terus terang aku katakan, memang agak mudah untuk menembusi kumpulan sosial ini.

Aku memang bernasib baik. Walaupun aku tak seberapa kaya (tapi sudah tentu gaji lebih besar berbanding pegawai kerajaan sebaya aku) tapi aku dengan mudah bergaul dengan mereka ini. Aku tak mencuba pun, tapi tiba-tiba aku diserap. Almost effortless. Tak payah buat apa-apa. Mungkin sebab aku agak berbakat dalam bidang kreatif.

Mungkin rakan-rakan aku semuanya plastik belaka. Rumpunan socialite di KL ni memang pelbagai, dari geng anak raja, geng 'salahbrity', geng kaya sekejap, geng model bawah umur Eropah Timur, macam-macam lagi.

Tapi geng yang paling menyakitkan hati aku (sampai berhasad dengki) ialah geng 'tumpang'. Orang yang tiada bakat tersendiri, atau tiada keistimewaan pun. Cuma kerjanya pandai menumpang dan pandai mengeksploit dan pandai mengampu.

Tumpang nama orang biar dapat masuk percuma ke kelab malam. Dapat bercuti secara percuma guna duit orang lain. Dapat arak percuma sebab dia dilihat melepak dengan orang yang berada di hierarki lebih tinggi di tangga sosial mereka. Dapat menghidu barisan kokain di dalam tandas eksklusif dengan percuma. Kat KL ni memang banyak.

Kerja mereka hanya menghiburkan diri, free-loading, memang tiada pencapaian peribadi langsung. Aku selalu berdepan dengan mereka ini. Ada yang benar-benar pandai, bermula sebagai penjual VCD langsung terus menaikkan taraf mereka sebagai 'almost the A-list'. Ok, mungkin bukan A-list. D-list kot.

Aku hairan, tapi pada masa yang sama, aku kagum. Hanya dengan mengampu mereka dapat pergi jauh dalam dunia sosial yang plastik ini. Mungkin ingin menaikkan taraf mereka agar senang dapat berkahwin dengan anak orang kaya. Senang sikit hidup.

Tapi, kalau benda ni senang, kenapa tak semua orang boleh melakukannya? Kenapa kamu tak buang saja maruah kamu dan mula mengampu orang secara besar-besaran?

Ya, sebab kamu semua bermaruah. Jadi jangan nak pandai-pandai jadi orang sebegini. Aku ketuk kepala kamu kang. Aku tak kisah kamu nak berpeleseran ke, nak seks bebas ke, nak minum arak ke, nak ambil ice sampai dengar suara hantu ke, tapi janji maruah dijaga. Tapi soalnya kalau dah buat semua itu apa ertinya maruah?

Dan aku masih bermaruah ke? Maaf, hanya satu nukilan layan diri jam 3 pagi... Dan, aku tak rindu pun dan rasa ingin bersosial. Bulan puasa beb. :)

7 orang ada pendapat sendiri:

Tanpa Nama

ah sungguh aku rindu Movement.

azman | athena

dah boleh ganti dgn bersosial di masjid2 dan surau2 je bulan2 puasa ni..hehe

Melayu Minimalis

aku pun rindu movement.

Tanpa Nama

Them freeloaders are the ultimate opportunists! Gotta give them a big applause. It takes brains to become one. Remind me of a certain son-in-law, hehehe...

First time here. I like the way you write :-)

Btw, I think Maison sucks!

Tanpa Nama

Kalau kau pernah melalui zaman DV8, bukan kau sepatutnye dah jadi Rakan Masjid sekarang?? Hehehe...

Melayu Minimalis

rakan DV8 la...

ari - thanks for the nice comments! :)

Abang Awesome!

3 line hehehe