Kempen Adab Bertelefon Bimbit.
Bersempena dengan bulan puasa ini, aku ingin memulakan satu kempen besar-besaran. Dengan menggunakan keupayaan besar Internet, aku ingin memulakan internet meme berbahasa Melayu yang paling besar dalam dunia, dan dengan ini, aku perlukan pertolongan kamu semua.
Sebelum itu, apakah itu internet meme?
Senang cerita, fenomena internet (teringat Ramona Rahman, tapi itu Cerita Lain). Selalu berasaskan gambar atau video, di mana selalunya gambar/video yang tak seberapa, tetapi disebabkan ianya diedarkan di seluruh Internet, akhirnya menjadi teramat popular secara tidak sengaja (selalunya amat kelakar), ditiru dalam versi yang berbeza dan pelbagai, dan akhirnya muncul di media massa mainstream.
Di sini saya selitkan contoh-contoh internet meme yang popular dari dulu sampai sekarang.
1. Star Wars Kid
- seorang budak Kanada telah merakamkan aksi ala Darth Maulnya dan akhirnya secara tak rela menjadi selebriti internet. Gila budak tu dibuatnya.
2. Numa-numa
- budak gemuk syok sendiri rakam diri menyanyi lagu. Budak ni jadi kaya agaknya.
3. Tourist Guy
- konon-kononnya gambar pelancong yang berdiri di atas World Trade Centre di New York beberapa saat sebelum berlakunya peristiwa 9/11.
4. Tammy NYP
- hanya dengan klip video telephone bimbit yang pendek, seorang pelajar perempuan di Singapura menjadi terkenal di seluruh dunia.
5. LOLCATS
- gambar kucing yang diselitkan dengan ayat Bahasa Inggeris yang rabak. Sambungan dari fenomena burung hantu O RLY?
6. Exotic Stephanie
- jangan lupa, Malaysia Boleh. Disebabkan video tariannya yang agak seksi, anak Sarawak bernama Stephanie Liah ini juga akhirnya mendapat publisiti global. Beratus-ratus ribu orang telah menonton video rakamannya yang boleh tahan gelek menggelek. Telah masuk pertandingan Miss Malaysia tahun ini, tapi kalah, dan juga mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan drama swasta. Ini blog dia, tapi rabak dowh Bahasa Inggeris dia. Alahai, teruskan usaha Stephanie! Pedulikan kata mereka!
Alah, banyak lagi sebenarnya. Lihat sahaja senarai wikipedia ini.
Baik, selesai cerita pasal internet meme. Sekarang kita tumpukan kepada sebab utama nukilan ini.
Orang Malaysia tak pandai beradab ketika menggunakan telefon bimbit.
Orang tengah tengok wayang, telefon berbunyi. Ringtone bangsat pula tu. (Paling menyakitkan lagu "Too Fast Too Furious"). Orang tengah makan, telefon berbunyi. Nak makan pun kena dengar orang cakap kat-kuat. Tengah memandu pun sanggup menggadaikan nyawa hantar SMS. Lepas tu, ketika bercakap, kena cakap kuat-kuat, biar satu gerabak LRT dengar.
Jadi, memikirkan tanggungjawab aku sebagai rakyat yang prihatin, aku ingin meminta pertolongan kamu untuk mengedarkan poster siber aku di bawah ini. Kalau kamu nak modify, silakan. Letak lah dalam blog kamu, dalam Myspace kamu, dalam laman kerajaan kamu. Mana-mana pun boleh, asalkan semua orang nampak. Nak letak dalam kubikel kamu pun boleh, tarak hal.
Sila-silakanlah muat turun dan sebarkan bersama. Sila klik gambar di atas untuk versi yang lebih besar. Doakan semoga kita semua berjaya. :)
12 orang ada pendapat sendiri:
haha...mari berkempen...
heheee..sangat sakit dengan orang-orang sebegini kan? apa pun nak pinjam poster ek, nak buat entri pasal benda yang sama kat blog baru saya.
silakan semua, jangan malu-malu!
saya akan letakkan poster ini di kedua-dua blog bahasa Melayu dan bahasa Penjajah saya.
good manners make the distinction between a developed nation and a developing (or regressing)one.
haha..sungguh menarik kempen ini.hehe..aku akan link kat blog aku, aku pun nak sertai kempen ini..hehe
thanxs bro.
best2 kempen ni..join boleh?
den pun nak femeskan kempen ni..wuhuu...cam best jer...
i pon nak join!
nak letak kat my blog!
kempen bes!
hehe
banyaknya sokongan.
teruskan usaha!!
Poster ko memang beh giler. Aku tak tahan, ko tak bagi pun aku nak gune jugak. Hehehe.
I'm linking yours to mine sebab ko giler... kudos!
aku tak gila, cuma prihatin.
maybe.
aku jarang pegi masjid. tapi sekali sekala bila pegi tuh. naik marah jugak bila baru nak mula sembahyang, time itu la hp manusia² ni berbunyi. klu tone "tut-tut" boleh di consider lagi. tak pepasal kluar lagu 50cent ajak pi clubbing..
mmg ternyata signboard standard tak efektif. mohon izin dipaut poster ni...
Catat Ulasan