Khamis, September 20, 2007

Tafsiran Mat Belia.

Aku pasti ramai yang terhibur dengan nukilan bersiri 'Tafsiran" aku. Macam-macam orang sudah aku 'tafsirkan', jadi kali ini aku nak cuba nukilkan pemerhatian aku tentang satu golongan istimewa ini. Mesti ramai dah jumpa mereka ini, dan mungkin juga kamu salah seorang dari mereka. Jika ya, sila berikan komen jika aku ada membuat kesilapan dalam pemerhatian aku.

Aku sebenarnya tiada masalah dengan Mat Belia, cuma kadang-kadang aku kasihan melihat mereka ini. Dunia ini luas, sila keluar dari 'kampung' kamu ya? Jangan asyik nak mengusha aku yang mungkin telah mencapai kejayaan yang hanya menjadi impian kamu (buat masa ini).

1. Rupa luaran mereka ini senang. Baju kemeja T berkolar belang, sama ada dibeli oleh mak dari Globe Silk Store (dah nak bankrap dah tempat ni. Mana lagi tempat nak cari spender putih Scuba/Crocodile? Boxer shorts memang tak kenal punya), ataupun baju kemeja T berkolar warna Malaysia (merah, biru, kuning, putih) yang diterima percuma dari Kursus Orientasi Universiti Kebangsaan Malaysia mahupun Sukaneka Peringkat Kampus Universiti Malaya. Yang trendy sikit akan memakai t-shirt labuh dengan rekaan custom rakan sekelas yang ditempah khas dari abang Central Market. Biasanya t-shirt dipakai yang penuh dengan nama 34 orang rakan sekelas, serta motto kelas. Selalunya motto yang agak poyo, dan diselitkan dengan perkataan seperti '4EVA' dan yang sewaktu dengannya.

Selalunya berkaca mata, sebab takut pakai kanta lekap. Seluar slack berwarna gelap, dan sandal Bata. Jarang berkasut kecuali ketika jogging di sekitar kampus. Tanpa stokin.

2. Golongan ini paling ramai di kawasan antara Puduraya dan Central Market. Puduraya kerana di situlah tempat bermulanya kehidupan metropolitan mereka, Central Market kerana tempat mereka berkumpul dengan beg-beg besar sebelum pergi 'menawan' Gunung Tahan, dan tempat mereka menempah T-Shirt Penuh Nama Orang Sekelas.

Kalau malam-malam selepas penat belajar dalam bilik asrama suka ronda naik motor (mereka ini bukan Mat Rempit ok?) sambil memakai windbreaker nylon berwarna Malaysia (dengan emblem universiti). Biasanya akan makan di gerai-gerai di Bangsar, tapi semenjak dua menjak ini di Hartamas juga ramai. (Kamu tahu tak sebentar lagi akan ada siri tv berjudul 'Hartamas', yang akan dibuat ala-ala siri The O.C. Pasti tiada Mat Belia). Kalau di Uptown Damansara jangan cerita lah. Penuh kiri dan kanan.

Kalau tak tinggal di asrama, biasanya akan menyewa rumah di Kerinchi, yang akan dikongsi bersama dengan 12 orang (semuanya ada ditulis di T-Shirt Penuh Nama Orang Sekelas). Jarang memasak, tapi pasti akan ada pemanas elektrik dawai yang akan digunakan untuk memasak Mi Maggi. Kalau keluar rumah pun harus beramai-ramai. Jarang berseorangan.

3. Hobi mereka sebenarnya suka mengutuk orang. Tapi kena duduk semeja, beramai-ramai, baru berani kutuk orang. Kalau seorang sahaja biasanya akan jalan tunduk bawah tak tengok kiri kanan. Orang yang dikutuk biasanya orang yang dia hendak jadi atau pun orang yang dia hendak sendiri. Contoh perbualan :

"Kau tengok mamat tu selamba jer minum arak kat Laundry."
(maksud sebenar - Kalaulah aku boleh dan mampu selamba jer minum arak kat Laundry)

"Hek eleh mamat tu fesyen apa-apa entah."
(maksud sebenar - Aku rasa Topman ada jual kot. Kumpul duit belilah. Mesti member aku ingat aku cool!)

"Kau tengok minah tu, selamba jer pakai baju nampak separuh tetek dia."
(maksud sebenar - AKU NAK! AKU NAK! AKU NAK!)

4. Walaupun ramai yang masih belajar di universiti tempatan, ada juga yang sampai ke luar negara. Di sana mereka semua ini akan berkampung, agar tak rindu sangat dengan tanahair tercinta. Makan sama-sama, main bola sama-sama, pergi karaoke sama-sama, bayar pinjaman asing-asing. Tapi, Cerita Lain.

5. Aktiviti rekreasi kegemaran — pergi ke Cyber Cafe. Selain laman porno, paling disukai menggoogle 'hantu melayu'. Rancangan tv kegemaran — Seekers. Citarasa muzik — OAG, Manowar, Rabbani (lagu bergaya dari Raihan, dahlah kerja sama pejabat dengan Yusry KRU OMG!)

6. Tempat kegemaran di Kuala Lumpur, Plaza Low Yat. Memang umpama syurga di dunia. Kalau komputer di kampus rosak, sanggup mengheret CPU ke sana, walaupun naik motor. Komputer akan diupgrade habis-habisan, agar akan jadi lebih cepat ketika main 3d first-person shooter, atau cukup ruang hard disk untuk fail porno yang ditorrent menggunakan duit kerajaan.

7. Apa-apa pun, yang paling ketara, mereka semua ini WAJIB berkumpulan. Macam ikan piranha, kalau seekor aje memang tak takut, tapi kalau ada segerombolan, memang boleh membunuh. Bukan aku kata dia orang ni mampu membunuh, malah, mungkin ada di antara mereka ni memang belia harapan negara. Boleh jadi pemimpin yang dipimpin. Kalau dah jadi pemimpin pun sememangnya tak pandai buat keputusan sendiri, harus berdemokrasi ikut keputusan berkumpulan, gara-gara tabiat zaman Mat Belia.

Kalau ada di antara mereka yang buat benda-benda yang tak masuk buku panduan Mat Belia, seperti berambut panjang, minum arak, main muzik, memang mereka ini akan terkeluar kumpulan. Dibatalkan keahlian. Kalau ramai yang tak setuju, mulalah berpiket dan tunjuk perasan selepas sembahyang Jumaat di masjid Universiti Malaya. Kalau bukan bulan puasa mesti sanggup jalan sampai ke kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak.

Lepas tu bantah membantah, walhal apa yang dipiketnya pun sendiri tak faham. Janji sama-sama berpiket. Semua tak boleh, semua haram. Walaupun sebenarnya makruh.

8. Biasanya kerjaya cita-cita ialah kerja dengan agensi kerajaan. Sama ada cita-cita atau terikat dek kontrak pinjaman ke universiti tak kisah, tapi mesti ke agensi kerajaan. Atau separa kerajaan. Janji berkerajaan. Orang-orang dari golongan A.A.y.D.d.K.B.G.A.B biasanya dari golongan ini lah.

9. Suka berpidato. Secara rasmi mahupun tidak, janji dapat berpidato. (Mungkin bukan semua).

Baiklah. Aku dah penat. Tengok Astro lagi bagus. Keep the comments coming in!

38 orang ada pendapat sendiri:

Bob Dyldo

Serious aku tak tau diorang ni suke dengar lagu Manowar. Ingat Scorpions je...

broken_nigina

gua suka layan manowar..mungkin gua juga 'mat belia'..
haha..

futuna

at first when i read this post, macam...where have i seen these people? macam tak pernah nampak pun. but, after a hard stereotype study of malaysian males. baru sedar. they usually are afraid of you (confident, allegedly 'hip' girls) when you talk to them. they won't look you in the eye or speak to you directly when you ask for directions. and then when you walk away, they'll grin and make that 'perasan' face. oh lordy...

easeart jalil

Well observed!

Syabas.

Melayu Minimalis

Scorpions mungkin ada juga, tapi more to Manowar. Sebab cover kaset dia lawa...

Azzu

pemerhatian yang tepat! dan memang betul kalau mat belia ni mostly mmg student uni. berfikiran sgt tertutup dan pengecut! dan tepat juga yg A.A.y.D.d.K.B.G.A.B berevolusi dr mat belia.

teringat masa zaman uni dulu. saya berjalan berdua dengan kawan perempuan on the way back to the hostel. ada lebih kurang 20-25 student bertaraf mat belia ni sedang melepak di tangga "mem-feewitt" kami. saya yg bencikan perilaku sebegini angkat tangan dan tunjuk "third finger" pd mereka. "eat this!" saya jerit. dan lepas tu kami di boooooo dengan kuat.

esok hari saya terjumpa salah seorang dr mat belia tersebut berjalan seorang. dr jauh ternampak saya, terus tunduk nak jilat tanah. saya halang dia, saya kata: "next time, ajak kawan2 kamu feewit adik, kakak, mak kamu kat kampung ya? tentu seronok". dia pula, bercakap tidak, angkat muka pun tidak.

dan lepas tu tiada kejadian tak diingini lagi :D

p/s: maaf. pjg sgt dah macam post pula *malu*

Hana

well said.

dan aku tertanya-tanya kalau ada pulak golongan Minah Belia? :)

takata

for mat belia:
"Bila kawan ramai keliling kita..cakap besar tunjuk belang..tapi bila sorang-sorang...pengecut pemalu macam kucing.."
hehe..

encikmasen

pemerhatian yang menarik..

mat belia, definisi 'average joe' di institusi pendidikan tinggi malaysia?

bagi ako mungkin iya..

Melayu Minimalis

ako mustapha ke?

nurulazreenazlan

masa saya sekolah kat UTM dulu, memang bengang betul dengan budak-budak belia nih. mentang-mentang lah kitorang budak architecture, terus dicop tak bermoral (tapi mungkin berasas la kan tanggapan mereka tu, hehe) and they were looking down at us from their high pedestal. tak boleh terima kot budak architecture walaupun takde life luar studio, tapi studio life kitorang was very lively because we were driven by passion. jealous kot kitorang ada passion dorang takde. dorang ni selalunya join AJK kolej, Persatuan Mahasiswa Islam, pastu yang bertahan lama tu boleh jadi ahli dalam Majlis Perwakilan Pelajar. Entah siapa yang dorang represent saya pun tak tahu.

takat ni kat london tak jumpa pulak budak-budak belia nih. sama ada dah pupus, atau pun belia tak study kat london dan berkampung macam biasa kat manchester, atau pun memang saya takde jodoh dengan mereka ni. ye lah, kawan baru melayu yang saya kenal pun tak sampai 5 orang setelah setahun kat sini. kalau pegi overseas pastu nak lepak dengan melayu gak tak ke rugi namanya tu.

encikmasen

ako masen..

bukan sedara mara mahupun kaum kerabat ako mustapha..

maaf, tp aku terbiasa menulis aku 'ako'..

pengaruh internet dan mungkin juga gadis sabah..

athena

huh? mat2 belia layan Manowar? Uish, agak pelik gak la, sebab aku ingat mat2 belia tak layan rock2 camtu.

Err..main friendster tak masuk sekali ke dalam ciri2 mat belia?hehe

Neat Samaritan

Aku paling tak boleh tengok kasut dia orang yang ada anyaman kat depan tu. Itu memang favourite mereka. Aku tak faham kenapa.

the ectopy

alamak, rasa macam pernah date dengan somebody dari golongan ini. but he wasnt THAT bad, thank god! syukur tak kekal dengan dia, kalau tidak, muka saya akan terpapar oleh A.A.y.D.d.K.B.G.A.B

Melayu Minimalis

kasut beranyaman haha.
takde salahnya mat belia ni.
cuma kadangkala aku rasa mereka perlu luaskan pandangan dalam dunia ini.

sebab diaoranglah yang bakal jadi pemimpin, orang penting etc... kalau minda tertutup aje memang kita semua rugi laa..

wanita bawahan umur ingin-jadi (minor wannabe)

yang menulis ako....setaraf mat belia.

ako = aku
ske = suka
x = tak

Melayu Minimalis

ahakz.

ogawa

haha..damn funny!..a friend of mine is a mat belia and he likes siti nurhaliza & rabbani..

khys

teringat member sekolah dulu (91) yg dipanggil Mat Belia. sedih kenangkan dia, mmg dia terima seadanya org panggil dia mat belia.

aku rasa mungkin cara pembawakan diri dan pergaulan semasa zaman pra-sekolah dan zaman sekolah rendah dan mungkin jugak suasana persekitaran tempat membesar, telah memberi sumbangan yg besar ke arah pembentukan seorang mat belia.

yg penting mat-mat belia ni semua tak kacau aku sudah. haha...

j or ji

Aku paling benci blog yang aku kene bookmark dan datang hari-hari!!

best! masuk akal! Kecuali Manowar!
Mereka sebenarnya layan Cromok.

Melayu Minimalis

Hah! Cromok!
Betul juga..

Tapi yang aku kenal semua kaki Manowar. Sebab cover best.

nizam.nuri

diorang layan XPDC la woi!.

Emphbone

haha aku mat belia kut..
tapi aku layan chicane dan pvd

nuar

keindahan itu milik setiap insan.

ARI

I hire one of them in my firm, dah ada degree, tak dapat kerja, tengah continue belajar.

Ok gak, sesuai untuk kerja-kerja mundane dan routine (yang kalau orang lain kena buat, boleh pecah kepala sebab boring dan rasa diri tak important).

Setiap company perlu orang-orang begini :-)

Everybody plays a role in this social ecology I guess.

Melayu Minimalis

ari-
that's right, everyone has their role in society.... :)

akumacampeduli

Aku pun keje gomen, dekat2 ofis PM lagi, tapi adakah aku tergolong dalam kategori Mat Belia?

Yang aku tahu, kubikel aku takde Gambar Anak-Beranak.

chesterrowe

mat2 belia ni ade byk kt uia.. bersepah2... lebih byk mat2 belia kt uia dr universiti2 lain.. serius..
contoh blog mat2 belia : http://e-harapan.blogspot.com

Mohd Hazreen Rashid

kadang2 aku rasa macam aku tergolong dalam kumpulan mat belia nie...
tapi sebab aku belajar kat oversea (walaupun berkampung dengan melayu2 juga disini) maybe aku rasa aku ada kelas sikit dari mat2 belia nie...hehe...

xxeemm

setuju.
ramai ada dalam uia.
segarnya hirup udara LUAR campus tu.
minah belia pun ramai kat situ, although some are great friends of mine... but not to bring along to gigs or lepak sampai 4am.

who care?

mat belia zaman sekolah la.
tu pun masa sekolah aku bersukan ja.
tadak masa jadi belia. haha.
kawad senyap?
wakakakakakakakaka.
buat lawak. nanti nak perang tak kan nak kawad.
hahahahahahaha.
aku benci kaum melayu suka berpuak puak.islam la sangat.

Fariz Bakar

aku senyum simpul2 baca post ni haa..so funny!

Aliya Azmi

serious shit benar!
I know this one guy. Smart semacam, ciri-ciri mcm MM listkan tu lah.

Mat Belia. kalau bercerita, macam dia je betul semua, walhal, dia sendiri tau terdapat unsur tokok tambah 60% di sepanjang 10mnit perbualan.

HAHAHAHA! tipikal malay. aishhh.

Mamu Penang

Aku rasa aku tgh2 antara hipster n mat belia. dua2 aku suka... cuma aku suka berseorangan dan bleh meredeka (indie)// Lol

Rotero

At least aku dah jadi engineer ngn petronas and have a wonderfull life.
Ko ape ade...
betul ke duk kat kondo.a.entah2 flat pekeliling je kot....
orng mcm ko ni yng kate keje pengarah kreatif..x yah lah nak bangga diri.....
xde orng macam ko ni kat malaysia ni..x rugi pun....bukannye menjana ekonomi pun.....malaysia x rugi kalu student2 lulusan yang same cam ko ni x lulus.

Melayu Minimalis

@Rotero aka Rotary
Tahniah kerana berjaya menjadi seorang jurutera di Petronas! Semoga meningkatlah industri petroleum negara kita!

Von

kau engineer ke In Utero? Dorky.