Kondo Aku Memang Best. Anugerah ERA Tak.
Terus terang aku cakap kondo aku memang best. Selain dari dipenuhi dengan ramai perempuan Melayu berbikini di kolam renang, kondo aku secara amnya memang ramai perempuan-perempuan yang boleh dikatakan lawa, seksi dan bergaya.
Aku selalu terserempak dengan perempuan lawa ketika ingin masuk ke dalam lif, atau pun ketika aku berjalan ke lobi. Dah beberapa kali aku masuk ke dalam lif, aku terfikir, 'Oh god she's gorgeous.' Sampai aku terkejut. Kadang-kala mereka pun ada yang terkejut, mungkin tak sangka ada lelaki secharming aku tinggal di blok yang sama dengan mereka. Maaf, lokasi kondo ini rahsia.
Dan baru sebentar tadi pun ada perempuan lawa yang terkejut bila ternampak aku. Kamu mungkin kenal dia, dahulunya pengacara di TV3. Ya, si Raja Endon Mastura. Salah seorang celebrity (ya, dia bukan salahbrity, ok?) yang kecoh dahulu pasal bikini. Tempoh hari aku ternampak seorang perempuan yang baru keluar dari sebuah Mini putih (kereta, bukan pakaian) dengan rambut yang agak rabak. Baru lepas kerja agaknya. Sekali pandang serius macam pontianak, tapi dua kali pandang baru aku sedar dia Raja Endon Mastura.
Aku rasa dia memang lawa dan bergaya, cuma rancangan yang dibawanya dahulu, Medik TV, memang agak meloyakan. Trailer yang ditunjuk di tv pun agak memualkan. Tak ada viewer discretion warning langsung.
Berbalik ke cerita asal tadi, aku terperasan Mini putih yang sama berada di depan blok aku. Jadi tak hairanlah seketika kemudian aku terserempak dengan orang yang sama, cuma kali ini rambutnya tersusun. Nak dating kot. Tapi terus-terang aku cakap, dia memang menarik. Perawakan dia pun mungkin menarik, walaupun aku tak kenal dia (lagi) secara peribadi.
Naaah. Never.
Ok itu saja cerita aku pasal dia. Mungkin kalau terserempak lagi aku akan senyum.
Selain daripada si pengacara ini, ada juga seorang 'pelakon' lelaki baru yang tinggal di blok sama. Muka dia macam Sudirman. Siapa pandai teka?
Jadi, malam tadi aku seperti biasa telah menonton Anugerah ERA. Agak menjijikkan. Hampir 90% yang tercalon adalah bekas peserta rancangan tv realiti. Ke mana perginya artis-artis sebenar? Negara kita ni dah ketandusan artis-artis yang benar-benar berbakat dan mempunyai kredibiliti ke? Tak silap aku malam tadi yang aku perasan benar-benar berbakat adalah Andy dari Flop Poppy. Cuma aku tak faham kenapa dia perlu berduet dengan si rambut penyek Misha Omar.
Oh ya aku lupa. Radio ERA kan dibawah Astro. Memang dah jadi tanggungjawab Astro untuk mempromosikan produk mereka. (Pemenang dan peserta Akademi Fantasia ini hanyalah produk, maaf.) Mestilah kena lawan dengan Media Prima. Selain dari itu, branding dan product placement Hotlink juga agak keterlaluan. Menjengkelkan. Memang tiada kredibiliti langsung, maaf. Dan sebab aku menonton hanyalah untuk mengesan dan mentertawakan kesilapan yang mungkin berlaku di rancangan tv yang disiarkan secara langsung. Kalau ditonton dari perspektif tersebut, memang agak menghiburkan. Cuma kali ini tiada yang tersungkur di atas pentas.
Tambahan: Ok, aku tak tahu lah kamu semua fikir bagaimana, tapi, cukup-cukuplah lah tu pasal tema Anugerah ERA ni. Tahun ni pula, 'Trend Dan Tradisi'. Tiap-tiap tahun ada tema yang berbeza, 'Retro' lah, '70an' lah, macam-macam. Lepas tu red carpet ditukar ke green carpet. Hai, kontraktor karpet sudah tak cukup karpet merah ke?
Dah lah secara umumnya artis Malaysia ni tak pandai mengenakan pakaian yang sesuai dengan majlis. Semua dah gagal. Paling teruk Rosyam Noor, macam-macam warna tuxedo dia dah pilih dari pelangi. (Malam tadi tak ada pula. Tak dijemput ke bang?) Ada tema pulak lagi. Macam sarkas.
Beza Anugerah Grammys atau Oscars dengan anugerah-anugerah kat Malaysia ni senang. Pertamanya, anugerah di Malaysia tiada kredibiliti. Semuanya ada agenda masing-masing. Tiada yang benar-benar diundi berdasarkan kreativiti atau bakat. Semuanya kerana populariti. Jarang yang benar-benar berbakat dicalonkan.
Yang kedua, tiada prestij. Prestij diberikan bukan kerana tema atau keglamouran. Ia diberikan kerana kualiti, dan secara tak langsung, tradisi atau sejarah. Semua pesta anugerah di sini semuanya baru-baru belaka, tiada arah tujuan, tiada identiti. Lokasi anugerah juga penting. Genting Highlands ajer ke? Mungkin mudah untuk Mawi atau yang sewaktu dengannya mengenakan jaket tebal tanpa berpeluh. Jadi apa guna Hotlink jadi penaja?
14 orang ada pendapat sendiri:
si pelakon Dynaz tu nampak macam lelaki semalam. Hodoh teramat. Walaupun body dia lawa..
Anugerah Era 2007?
Muzik Video Terbaik-->Mawi
aku tak paham la....video clip tak ade bajet...macam shoot kat sebelah umah...video clip macam tu pon boleh menang ke???
Ape la org M'sia ni...tak tahu menilai ke??video clip 'Love Me Butch' lg bagus la...
Sebab tu aku kata tiada kredibiliti. Malangnya orang-orang yang memilih pemenang dan semua calon ini lah majoriti penduduk Malaysia kita.
So nak buat camna?
tu la pasal...
saudara, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan betapa saya terhibur dengan penulisan saudara mengenai pemerhatian sosial masyarakat di kuala lumpur.
i get to keep in touch with what's happening back home, albeit in a summarized manner through your writing. your observation is really sharp.
my favourite pieces are those of perempuan ampang and the hipsters (both laki and pompuan). and facebook shouldn't have opened up to those with any email addresses, i like it better when you have to use your uni email address to sign up. (I don't have a MySpace account in case you're wondering). call me elitist, i'm just tired of posers.
supaya tak dituduh lari tajuk, walaupun saya tidak mengikuti anugerah ERA, saya boleh agak bagaimana ia berlangsung. just as you've described of course =)
keep on writing!
argh you mentioned the 'F' word!
haha.
rss feeds please!
ahah, so it's a dirty word innit? hehe.
Encik Emollient
Ada link di penghujung laman saya. Cari 'Subscribe to Posts (Atom)'
atau gunakan link ini
http://akutakpeduli.blogspot.com/feeds/posts/default
maaf..w'pon agak ketinggalan..aku cumer ingin mmbtolkan komen takata diatas dimana
Muzik Video Terbaik-->Mawi
utk pengetahuan cik takata dan penulis..di dlm anugerah era x de ketegori terbaik yer..
yg mawi menang tu adalah muzik video pilihan..mknenye org ramai memilih.. jd x heran lah kalu love me butch tdk dipilih krn almaklomlah mrk x glamer spt mawi...
dan utk penulis...anugerah era ini sesungguhnye x prlu lah di bndingkan dgn award di luar ngr yg sungguh berkualiti itu krn negara kite ni malaysia dan anugerah era adalah anugerah pilihan pndgr bukn anugerah yg mengiktiraf terbaik..jd sape popular mng..mungkin penulis silap anugerah utk mengkritik..
saye bkn pro mane2 tetapi ingin mmbtolkan dn hanya ingin mmberi pndapat..
ps/ anugerah utk yg popular (sms dn pilihan) di luar negara pon britney ade menang--- die bkn berkualiti pon..
if all the winners of Era are based on votes tallied from listeners and local music fans, what does that say about the people who voted for them?
pelakon tu que haidar kot?
wakakaka..teruk sangat ke anugerah era?
tak kisah sangat...standard malaysia memang macam tuh kan??
video klip mawi yang menang tuh video klip oramg kahwin tu ker??...matila tatau
as usual malaysian terperangkap antara trend dan tradisi....
memang kena dengan tema anugerah era .....hahahahahaha
Que Haidar lives in ur condo?
next time u see him, do kirim salam. i think he's hot.
Catat Ulasan