Kita Masih Ada Harapan.
Kadang-kala, kita perlu optimis. Tidak semuanya hanya keburukan. Ada yang baik. Ada yang amat baik dan membanggakan sampai aku sendiri pun tak percaya. Di sini aku lampirkan pemerhatian aku, tentang perkara-perkara yang boleh kita semua banggakan bersama. (Maaf untuk semua pembaca wanita yang terasa pasal nukilan Perempuan Ampang aku)
1. Imigresen Malaysia Boleh!
Walaupun baru-baru ini kita digemparkan dengan laporan (Apa? Kamu tak tahu? Sila baca suratkhabar!) bahawa pihak Kastam Malaysia telah membelanjakan beratus juta ringgit untuk membaikpulih sistem komputer dalamannya, dan kemudiannya telah membelanjakan beratus juta ringgit lagi untuk menggantikan pembaikpulihan tersebut, aku baru-baru ini kagum dengan Imigresen Malaysia.
Kalau kamu tak tahu, sekarang memang amat mudah untuk memperbaharui pasport kamu yang bercip itu. Hanya DUA JAM. Aku memang kagum. Hanya dengan menggunakan khidmat mesin kiosk di pejabat kastam tertentu, kamu hanya perlu masukkan pasport, gambar, dan wang kamu ke dalam mesin tersebut, dan secara ajaib 2-3 jam kemudian kamu ada pasport baru. Aku memang terpegun.
Walaupun hari sebelumnya sistem kiosk itu tidak berfungsi, malah satu pejabat kastam tersebut tak berfungsi.
Tapi yang pentingnya 2 jam aje beb.
Mungkin agensi kerajaan lain boleh menjadikan Kastam Malaysia sebagai contoh? Tapi aku rasa mungkin aku rasa begitu sebab jumlah masa aku berdepan dengan seorang pegawai kastam untuk mengambil passport baru aku tak sampai 5 minit pun. Mungkin Pos Malaysia boleh menyediakan mesin-mesin kiosk di pejabat Pos? Ala-ala mesin Autopay Parking di The Curve. Rakaman suara sahaja yang menegur kita. Lagi senang, tak payah melayan karenah manusia.
2. Juruwang berhemah.
Aku perhatikan di kedai-kedai tertentu, seperti di 7-11, Kiosk, ataupun kopitiam yang berselerak di Lembah Kelang ini, bila kita membayar, si juruwang akan memberitahu kita jumlah bayaran yang dikenakan, dan apabila kita membayar, si juruwang tadi akan memberitahu kita jumlah baki yang diberi, malah dengan senyuman sekali. Impressive.
Seperti biasa ini bukan contoh agensi kerajaan, tetapi hanya kedai-kedai biasa tempat kita membeli barang atau makan. Jadikan contoh ya, akak-akak kaunter sekelian!
3. Stephanie Liah Boleh!
Aku dah pun menulis pasal dia ini, berdasarkan contoh internet meme yang popular di dalam internet. Seorang gadis Iban, bosan duduk di rumah ketika berada di Korea, telah merakam dirinya menari dan meletaknya di dalam Youtube. Akibatnya beratus-ratus ribu orang telah menonton videonya, hinggakan dia menjadi celebrity kecil-kecilan di dalam internet. Gambar-gambarnya yang boleh tahan seksi juga berlambak di internet. Siapa kata anak Malaysia tak seseksi Angelina Jolie atau Scarlet Johannsen? Sila Google sekarang.
Malangnya aku rasa dia tak pandai mengeksploit peluang yang muncul dari peristiwa ini. Hanya sekadar muncul sebagai pelakon pembantu di rancangan drama swasta (sekarang ni ada rancangan drama kerajaan ke?) dan sebagai seorang also-ran di dalam pertandingan ratu cantik Miss Malaysia.
Dan juga malang sekali, kalau dia ingin ke tahap Datuk Michelle Yeoh, dia kena memperbaiki penguasaan Bahasa Inggerisnya. Blog dia memang berterabur. But as they say, 'practice makes perfect!' Semoga dia berjaya di arena seni tanahair. :) Dan katanya juga tentang buah dadanya, 'They're Real!'.
4. Roti Arab.
Aku memang tertanya-tanya apabila aku ternampak poster 'Roti Arab' bersepah di restoran mamak sana-sini. Aku ternampak seorang pelanggan memesannya baru-baru ini, dan akhirnya semalam aku telah mencubanya kerana sifat ingin tahu aku.
Memang sedap, beb. Macam roti nan yang digoreng ala roti canai, tetapi manis dengan mentega dan empuk macam roti. Makanan ciptaan terbaik dekad ini. Cubalah!
5. Kempen Aku.
Terima kasih kepada mereka yang telah menyokong Kempen Adab Bertelefon Bimbit Peringkat Dunia aku. Aku agak terharu melihat ramai penulis blog lain yang telah meletakkan e-poster aku di laman mereka.
Kita memang boleh tanamkan sifat bekerjasama! Aku tak hairan jika kempen ini terus dijadikan kempen rasmi oleh kerajaan Malaysia!
Dengan itu aku mahu tidur. Terima kasih.
5 orang ada pendapat sendiri:
Drama kerajaan - boleh diusulkan di parlimen ni... hehehe
Bro, Kastam dan Imigresen adalah dua agensi yang berbeza, cuma kerja aje dalam satu bangunan.
Kastam bawah Kementerian Kewangan, kerja utama (core business kata omputih yang telah diadaptasi oleh orang gomen) ialah kutip cukai untuk import export.
Imigresen bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (dulu KDN, tapi oleh kerana nak kasik peluang orang lama jadi menteri, KDN pecah dua. Tapi Cerita Lain, dengan maaf), core business ialah rekodkan embarkation/disembarkation (ada BM punya term ke?). Dan juga buat passport korang.
Uniform pun lain bro.
P.S. Aku terasa macam Mat Belia....
Assalammualaikum bro,awek tu semi pro model la.tv host gak.artis baru prof razak.cantik orangnye.lgpun gambar tu masa dia photoshoot lingerie eblin catalogue korea.dia ada tunjuk kat berita harian utk smpanan arkib takut org exploitasikn gmbar dia ni.takde isu dah.Dari nassif harian metro.
akumacampeduli-
haha betul tu. terima kasih kerana membetulkan fakta.
nassir-
aku tak timbulkan isu pun. dia jiran aku.
Oh jiran dia..kawan kt country height umah parents dia ke kt hartamas?ada tgk cover rap dia ari tu?pkai baju kurung.
Catat Ulasan