Jumaat, Oktober 24, 2008

Betapa Mudahnya Kita Pandang Mudah Segala Kemudahan.

*Pening* (dan terlupa bawa ubat.)

Aku masih di kampung halaman, menulis dari sebuah kafe berWi-Fi yang berdekatan dengan rumah aku. Ya, tempat lahir aku memang sudah maju.

Dan tempohari ketika mengemas bilik lama aku yang penuh berhabuk dan berhama, aku terserempak dengan surat-surat lama aku, yang paling lama ketika aku masih belajar di Tingkatan Satu di sebuah sekolah berasrama elit Melayu (yang aku tinggalkan tahun berikutnya), dan surat-surat ketika di IPTA di sini.

Apa yang aku kagum ialah melihat jumlah poskad yang amat banyak, yang biasanya penuh dengan penulisan teman-teman ketika itu yang berbunyi, "Saya ada kat rumah nanti pada (tarikh), kalau poskad ni sempat sampai telefonlah saya kat rumah, ni nombor telefon 03-XXXXXXX."

Ataupun surat-surat dari dalam dan luar negara yang berbunyi, "Saya sekarang main air. Awak tengah buat apa? Awak nanti bila cuti? Kalau cuti awak ke mana?"

Inilah realiti zaman kehidupan sebelum internet, sebelum telefon bimbit lagi. Semuanya bergerak begitu perlahan, dan memang perlu banyak berusaha, semata-mata untuk berkomunikasi. Kalau hendak bertelefon sekali pun, kena buat perancangan agar kebetulan kamu berada di sebelah telefon rumah. Semua berita pun datang sekurang-kurangnya tiga hari lambat, sebab begitulah masa yang diambil untuk sepucuk surat tiba di kotak surat kamu.

Mungkin sebab itu aku selesa di zaman ini. Ibu aku dahulu selalu bising, "Kau ni, semuanya hendak serta-merta!". Dan di zaman ini, semuanya boleh dapat serta-merta. Mungkin kehidupan zaman ini akhirnya berjaya mencapai tahap keserta-mertaan yang aku idami dari dahulu.

Itu sahaja untuk hari ini. Motifnya hanya sebagai peringatan untuk kita menghargai kemajuan cara komunikasi kita sekarang.

12 orang ada pendapat sendiri:

cuppacakes by +wondermilk

betul tu... rindu zaman dulu ...

Tanpa Nama

hurm...
zaman dah maju..
semuanya cepat...
namun attitude anak muda sekarang dah mundur

oh ye...saya sudah link kamu..

Roma's Rhythm

Zaman dulu banyak mengajar orang bersabar. Zaman sekarang banyak orang yang tak sabar.. Cepat tertekan... Kadar tekanan makin tinggi kat KL ni.. Padahal takdelah tertekan sangat, cuma tak tahu konsep kehidupan je.. Pastikan posisi anda semua.... Jomlah kita bersabar :)

iamstradust

ha ah

tu lah kan

kalau pk blk, rasa nak simpan smule tee dulu

:D

mediocre sadist

as much as the new tech comes in handy, the old,snail way still scores in giving sentimental-kinda feel

N

aku baru baca ada orang tulis post yang macam ni juga. lebih kurang.

seyn

betul gak ape ko ckp..tp biasa ar...nama pun manusia...mana reti hargai bnda kalau x hny selepas da hilang...

Tanpa Nama

tapi sayang generasi sekarang dah tak boleh menyimpan memento buat kenangan/rujukan di masa hadapan.

maka kuranglah drama di kalangan kita2 ni. takda lagi aksi2 korek kotak bawah katil/atas almari baca surat2 lama kekasih and feeling2.

unless setiap email/msg facebook di print dan disimpan... (takde feel tapi print benda2 dari printer yang tak 'bernyawa')

haha.

manusia ganjil ikan yu

sekarang dah ada oldtown white coffee.
hahahaha...

MBO pun dah ada..

dulu..sekiranya dapat kaset band2 luar ko dah dipuja sebagai dewa.
tp bila zaman MTV melanda..aku rasa nak menangis..hilang semangat yang dahulu2

Tanpa Nama

hidup kini makin maju. nk tau dpt ipta ker tak melalui telefon bimbit jer tp apa yg pastu aku still tak layak dpt IPTA. sedihnyerrr

taiptenang

terlalu serta merta juga tak seronok,buat kita jadi tak sabar.perhatikan anak muda zaman sekarang,sgt kurang darjah sabarnya. :D hye saya pembaca baru blog kamu.menarik

cindir-rela

heh..tanpa kamu sedari kamu pun suke menjaga tepi kain orang juge..seperti pembaca2 blog lame kamu..mungkin..