Khamis, Oktober 23, 2008

Kadangkala Apa Kita Perlukan Hanya Masa Untuk Berfikir.

Sudah beberapa hari aku berada di kampung halaman (yang bukan kampung pun sebenarnya) untuk melihat-lihat keadaan orang tua aku yang tidak berapa sihat. Alhamdulillah sudah semakin pulih, cuma masih lemah-lemah badan. Terima kasih di atas segala komen-komen membina yang aku terima sejak kebelakangan ini.

Jadi, dalam masa beberapa hari ini aku sempat melihat kiri kanan, memerhatikan keadaan sekeliling, sekadar menilai kehidupan yang aku sekarang, sambil makan percuma.

Cuma kali ini aku sedikit bernasib baik kerana sekarang bukan musim Akademi Fantasia, cuma aku meluat menonton pengumuman khas di Astro Awani tentang perkahwinan Mawi tempohari. Adik kembar bakal isteri Mawi comel, bukan?

Sebaliknya Ibu aku sekarang gemar menonton sinetron, terutamanya yang penuh dengan perempuan Indo (bukan Indon) bermisai halus dan bermekap tebal, yang digandingkan bersama pelakon lelaki Indo (bukan Indon) yang baru bercukur dan juga bermekap tebal. Salah satu yang aku ingat ialah siri bertajuk 'Siti Nurbaya', dan satu lagi 'Roman Picisan'. Yang siri kedua itu memang agak pelik sedikit, sebab memaparkan kisah budak sekolah yang kelihatan macam budak Tingkatan 3 yang sedang bercinta dengan pemandu kereta keluarga (Mazda RX8 lagi!) yang pakai mekap. Apa-apapun memang kelakar melihat kisah budak-budak sekolah di sana (yang kesemuanya bermekap tebal) yang memang penuh kontroversi dan main tikam belakang.

Memang kurang logik.

Aku perasan juga ada penerbit-penerbit di sini yang sedikit sebanyak ingin meniru konsep yang diketengahkan oleh sinetron-sinetron sama, mungkin untuk membidik golongan yang sama untuk menonton. Di sini ada rancangan 'Lima Jingga' (ke 'Enam Jingga'?) yang memaparkan kehidupan budak sekolah yang juga cheerleaders di sekolah. Tak kurang pula selepas kemunculan 'Kami' ada juga rancangan-rancangan yang kononnya ingin memaparkan kisah tentang golongan yang sama, sampai aku perasan tadi di saluran RTM2 ada satu siri tentang penyiasat-penyiasat remaja tapi aku tak ingat tajuknya.

Mungkin sekarang akhirnya orangramai sudah sedar bahawa pengaruh golongan remaja di sini adalah besar. Mungkin kuasa pembelian mereka tidak sebesar kuasa pembelian golongan remaja di Jepun atau Tokyo misalnya (yang memang sahih mengawal sebahagian besar pasaran di sana, terutamanya pasaran yang berasaskan fesyen, trend dan muzik serta hiburan.) tetapi aku rasa kita sedang menghala ke arah yang betul sekarang.

Sebab yang aku perasan, dari masa aku remaja lagi pun, yang golongan remaja sering dikaitkan dengan masalah dan perkara-perkara negatif. Ini mungkin sebab ideologi kolot dan tradisional masih mengawal mindset masyarakat kita, dan jarang memandang ke golongan remaja sebagai pemangkin masa hadapan. (kecuali mereka yang termasuk ke dalam templat 'Rakan Muda' yang aku akui, tidak berapa cool pun dari dahulu.)

Apa-apa pun, aku rasa seberapa moden pun masyarakat kita, kita masih berfikiran tradisional. Kita masih golongan yang masih mengamalkan tradisi lama, walaupun kita mempunyai keupayaan untuk memulakan tradisi baru yang lebih relevan, dan melupakan tradisi-tradisi yang kita tak patut peliharakan.

Kalau kamu diberi peluang, tradisi apa yang kamu ingin kekalkan dan apa pula yang kamu harap akan dilupakan? Sila beri komen.

30 orang ada pendapat sendiri:

Adam.

Aku lagi konfius skang.

Aku tgk jalan cerita melayu dah makin sama dengan sinetron latin.

Ko bayangkan,hero mesti anak orang kaya,bapak ada syarikat 'glokal' megah,ade pejabat sendiri,ada orang gaji (watak tempelan yang pastinya agak berusia dan beragama),bawak kereta mewah 2 pintu.

mual!

pastinya ada Rosyam Nor.

heh!

Azlan Dawai

cerita Roman Picisan tu mmg aku konfius memule tgk

aku ingatkan pompuan tu adik dia
dia ambil lepas abis sekolah.

rupanye makwe dia
ntah hape hape ntah

disco/dramatic

em, aku rasa kalau produser melayu mampu buat drama seperti The O.C, memanglah best. 30% masalah keluarga/ibu bapa, dan 70% cerita itu tentang remaja. dan, kalau boleh janganlah ambil sazzy falak sebagai pelajar high school kerana obviously semua orang tahu dia sudah berkahwin. mungkin boleh cast pelakon yang hampir umur dengan karektor. baru lah real. pelakon baru boleh di cari. tak semestinya memuja pelakon yang sudah ada hingga mereka mati. kan?

I Am Rebel

Berfikirlah..

Tanpa fikiran..

Ianya cuma ilusi yang kita turutkan..

iaitu nafsu..

Eh? pa kena mengena?

fadzlie

glad u're back

Tanpa Nama

sunyi kau takda beberapa hari.

tak payah la ambil tahu pasal rancangan tv tu sangat.
fikir apa yang penting untuk diri kau dulu.semua tu memualkan.

aku pasti ada masalah yang patut kau selesaikan bukan?

tapi fikiran tradisional harus diubah.aku setuju.

47

selamat kembali mm!

aku rasa budaya melayu yang harus dikekalkan:

1)sopan dgn orang tua. (tapi tak boleh setuju 100%, orang tua2 pun bukan betul sangat kadang2)

2)bertegur sapa dan senyum (mcm mat saleh yang tak lekang dgn 'hi how are ya' walaupun tak kenal)

3)gotong royong/semangat kerjasama (kurang sikit kes2 jenayah kalau semangat komuniti tu kuat/ tak boleh disamakan dgn jaga tepi kain org -ini kena dihapuskan)

4)baju tradisional (kasi famous mcm sir connery famous-kan quilt)

5)?


yang kena dihapuskan:

1)amuk/terlebih emosi (aku rasa ini penyebab rancangan ala candid camera kurang menjadi kat malaysia, sikit sikit nak belasah orang, nak tunjuk kuat..haih)

2)jaga tepi kain orang.

3)tak tahu membezakan identiti diri dan role yg sedang dibawa ketika bekerja (maka wujudlah penjaga kaunter yang berlagak seperti permaisuri - aku rasa ini kerana dia fikir 'kalau aku layan customer lebih-lebih, nanti dia ingat aku ini hamba' or sumthing along that line..sedangkan itu kerja dia. sepatutnya dia tahu, kalau mau jadi permaisuri pun, jadilah bila dah habis masa bekerja)

4)budaya memandu mesti nak laju dan tak boleh perlahan atau berhenti. (aku perasan orang malaysia kalau dlm kereta je mesti nak laju, orang lintas jalan pun dia nak laju..kiranya kalau perlahankan kereta ini..macam cardinal sin lah)

5)ideologi 'aku saja betul' atau 'aku paling bagus' (bagus kalau semua orang tahu dunia lebih luas dan ada pelbagai macam cara atau kaedah melaksanakan sesuatu perkara dan pelbagai cara hidup dan point of view yang juga valid utk di adopt)

*exhale* kalau ada idea, akan tambah lagi haha

encikmasen

tradisi? tradisi remaja2 yang harus dikekalkan (atau dikembalikan)..

satu kampung / taman perumahan, satu team bola..

dan tradisi 'rewang' di mana remaja akan menjadi sebahagian besar tenaga kerja..

serius aku rindu zaman2 itu..

Tanpa Nama

tradisi pemikiran kuota bumiputra/anak tmpatan perlu dilupakan sedikit demi sedikit. malay supremacy?

tradisi kepercayaan duduk atas bantal jadi bisul kt bontot perlu dipelihara.

diharap drama malaysia menggunakan efek close-up 4 kali zoom dengan lebih byk. beserta sound fx skali ye.

Fiziy

apepun, aku suke title drama diorang.

anakku bukan anakku, iq cewekku hancor banget dan etc.

cukuplah aku baca title, dah gelak da aku!

Fuad Rahiman

org melayu perlu kurang pentingkan hanya diri sendiri,perlu fikir juga pasal kebajikan org lain.tandas awam tu org lain pun guna juga,jadi bersihkanlah najis anda dgn bertanggungjawab.

jgn dtg ke tempat kerja dgn sambil lewa dan dan jgn ponteng kelas bg pelajar.igt kalaupun bukan kamu atau mak bapak kamu sndiri yg bayar yuran pelajaran,kamu pakai duit org yg sponsor kamu.

kurgkan berdengki atau perli2 org yg berusaha lebih utk mcapai kejayaan.juga kurgkan umpatan dan serang-menyerang dlm politik dan lebihkan bekerja untuk memlihara hak !

A D.O.U.B.L.E P T.O T.H.E L E

Cerita penyiasat remaja di RTM2 itu tajuknya HONEYZ...aku agak malu menonton cerita itu kerana aku salah seorang dari............
Hm, tidak mengapalah, sila abaikan - cerita lama yang baru kini dipertontonkan...
Oh ya, selamat kembali-sudah rindu mahu baca nukilan kamu yang seterusnya...Moga segalanya baik-baik sahaja - Syafakallah! Buat orang tua kamu itu...

Amak

Hai! dah ok?

dulu masa di Indonesia, kawan kat sana siap remind; sepatutnya Indo. Bukan Indon. Dan diorang pun panggil kita, orang Malay. huhu.

Berkenaan tradisi yang patut dikekalkan tu;

1)penghargaan elemen-elemen klasik. Macam P.Ramlee misalnya.

Tradisi yang patut di buang;

2)parti atau keraian di mana ada alkohol/arak.

boleh?

sarah

ur backkk! fianlly. rindu siott.

azlishukri

salam singgah.

Tanpa Nama

oh oh
aku dan rakan serumah jadikan cerita-cerita kelakar tu sebagai subject yang made-our-day.

memang fun bila kita dapat gelakkan orang-orang yang menunjukkan kebodohan melampau di siaran nasional.

dan oh ya, selamat kembali :)

Ares Bahar

Berikutan penularan wabak sinetron Bawang Putih Bawang Merah, kini makin banyak sinetron-sinetron Indo yang di adaptasi dari dongeng di siarkan di TV-TV tempatan...

Antara tajuknya ialah " Joko di Negeri Awan" yang diadaptasi dari Jack and the beanstalk.

sangat merapu dan bodoh. Tetapi tetap mendapat sambutan hangat dari penonton tempatan.

hish.

Tanpa Nama

tradisi yang tak berapa perlu- upacar a perkahwinan yang terlalu banyak adat, hari bersanding itu pun dah cukup banyak bagi aku


perkara bukan tradisi tapi berlaku di kalangan masyarakat kita yang perlu diubah- hal suka menyibuk perihal orang yang belum berjumpa jodoh/ anak dara tua. hal prejudis terhadap ibu tunggal/duda


tradisi/perkara yang wajar dikekalkan- rukun tetangga

dumdum

tradisi yg patut dikekalkan?ada dalam lagu wonderpets.."ape yg penting?kejee sameee.." hehehe..itu yang penting.

tapi,kerjasama tu mesti merangkumi semua warga malaysia.bukan melayu dengan melayu saja.dacing dengan dacing saja,bulan dgn bulan saja.tapi seharusnya kerjasama yang ikhlas,tak kira kaum.macam dulu2.

waktu saya remaja,saya tak kekok memeluk rakan bangsa cina.saya tak kisah duduk dikelilingi rakan india dan cina.tapi saya sedih lihat situasi sekarang.

hanya komen dua sen saya..

Tipu Tapi Benar (TTB)

Sekiranya dipandang dari aspek positif, kehangatan drama-drama Sinetron sekarang ini mungkin merupakan salah satu usaha untuk me"MELAYU-RAYA'kan selera televisyen Masyarakat Melayu di rumpun Asia Tenggara.

Mungkin usaha untuk menyatukan semua Melayu di bawah satu negara besar telah gagal, maka perlu guna cara lain yang dapat mencapai matlamat tersebut!

Apapun, tradisi Masyarakat Melayu yang perlu dipadam terus dari jiwa dan kehidupan Melayu ialah kepercayaan bahawa segala masalah dan kesulitan yang terjadi pada diri Melayu itu adalah disebabkan oleh gangguan hantu jembalang!

Dan Melayu perlu wujudkan budaya kerja! Kita selama ni tak ada budaya kerja / disiplin bekerja sebab kita bernasib baik hidup di tanah yang subur dan kaya dengan rezeki. Tak kerja pun dapat makan. Sebab tu Melayu kebanyakkannya kerja main-main.

Mungkin MM dapat kaji dan menulis tentang cara mewujudkan budaya /disiplin bekerja bagi Melayu secara ammnya.

Bolehlah MM muncul dengan posting yang bertajuk Budaya Kerja Melayu 101... ;-)

PS- Terlepas pulak nak tonton drama Sinetron "Kucing di dalam Sepatu Bot!" dan "Puteri putih salji dan tujuh orang kerdil" di Astro awal Oktober lepas... huk huk huk

Ejoi

Drama The Hoppers dan Ahli Muzik memang menarik!
Aku rasa ia mampu membentuk acuan kepada penerbitan rancangan berteras remaja di Malaysia untuk 2-5 tahun ini.

Kalau boleh rancangan seperti itu serapkan unsur2 yang menekankan kepada kepentingan berfikir sebelum bertindak, budaya mencari ilmu dan budaya pewaham kepada unsur tahyul, baru meletop!

Lexy Rollo

tradisi yang saya harap dilupakan:

tradisi perempuan kena juga kahwin awal.kalau tidak nanti orang sekeliling akan mula mengata.

aku selalu cakap umur awal30-an baru aku nak kahwin,tak pernah respond yang aku dapat adalah positif.hahaha.

tradisi yg mahu dikekalkan:

tak dapat pula nak difikirkan as for now.

Tanpa Nama

liberal.

bagus.

N

aku setuju dengan afdlin shauki. dia kata masalah kita ialah bahasa. orang kita tau english. so entertainment kat msia ni kena compete dengan dari barat. kalau di jepun, indo, korea, mahupun thailand, rakyat mereka dah takde sumber entertainment lain jadi mereka mengharapkan keluaran tempatan. jadi negara2 ni semua dapat lebih budget nak buat produksi diorang. aku juga rasa talent memainkan peranan penting. talents di msia samada kurang ataupun masih belum dijumpai. KAMI tu dah arah yang betul dah tu, orang lain kena inkut jejak langkah diorang la dan buat lagi bagus.

A

melayu semakin layu!

Siti Syawal

aku suke cerita melayu yang ditayangkan kat 8tv. lain daripada yang lain. contohnya KAMI, Ghost, Gol & gincu, goda, the hoppers & ahli muzik.. banyak lagi. berkualiti giler, idea segar produser malaysia. bangga tengok hasil kerja diaorang.

lebih baik dr ceriter indon yang meleret beratus episod sambil ada pari-pari sumpah orang. wek..

Siti Syawal

oh ye..pasal tradisi yang perlu dikekalkan tu, aku harap semua anak muda menyambut hari raya bersama keluarga. pergi beraya beramai-ramai. baru seronok.
sekarang ni aku tengok sumer org buat hal sendiri mase raya...hu..tak best.

Tanpa Nama

roman picisan? siti nurbaya?
petik tajuk lagu dewa ke ape entah.
tak pernah ku minat sinetron, soap opera dan yang seangkatan dengannya.

Ais Cair

perlu dilupakan:
-bawa buahan ke hospital
-tulis nama kat batu nisan
-t'sengih2 b'sanding atas pelamin
-lelaki kencing berdiri
-?


perlu dikekalkan:
-meraikan tetamu
-tidak berpuak-puak
-nasi sbgai mknan ruji
-wanita menundukkan pandangan
-?

AIZAT ARIFFIN ZAINAL

sex selepas nikah