Jumaat, Oktober 31, 2008

Macam Blog Berunsur Nasihat.



Kadangkala amat sukar untuk mencari topik penulisan. Dan sejak kebelakangan ini pun aku perasan aku banyak menulis tentang benda-benda mengarut, dan kadangkala tiada topik pun. Cuma rajin meleret sahaja. Entah apa-apa yang aku tulis, aku pun sendiri tak faham.

Tetapi salah satu topik yang benar-benar menggoda ialah tentang diri aku. Memang banyak cerita dari dahulu sampai sekarang, tetapi kalau kamu perasan aku jarang menulis secara terperinci mengenai perkara peribadi. Pendapat dan pemerhatian itu lainlah, memang selalu dijadikan topik.

Kalau kamu nak tahu, ini sebenarnya blog keempat aku, tetapi ketiga-tiga blog awal aku tidak ramai pembaca pun, cuma penuh dengan pembaca yang ingin menjaga tepi kain orang. Aku rasa itu mungkin satu sebab aku tidak dedahkan identiti aku di sini kali ini, walaupun ramai yang tahu siapa aku, terutamanya kawan-kawan dan rakan sekerja.

Seperti yang aku pernah tulis dahulu, blog ini sumbangan kecil aku kepada revolusi kecil-kecilan. Revolusi minda kamu. Kalau minda kamu sudahpun direvolusikan, memang sahih kamu bukan pembaca bidikan aku. Bukan revolusi besar-besaran pun, cuma kadangkala aku sedih melihat orang-orang yang sungguh rendah cita-cita mereka.

Pada masa yang sama aku pun bukan usahawan berjaya yang bergaji berpuluh-puluh ribu sebulan, tetapi sekurang-kurangnya aku ada cita-cita. Dan cita-cita ini tidak pernah padam, cuma ianya berevolusi. Evolusi menaikkan tahap pencapaian, tentang apa yang aku ingin capai dalam hidup aku.

Tetapi ini semua bukannya mudah. Banyak halangan yang aku telah tempuhi, yang boleh membuatkan sesiapa gila dan pecah otak. Secara jujur aku pernah fikirkan apa agaknya rupa aku dengan kepala pecah di tengah jalan. Nasib baik ada Astro. Dan nasib baik aku agak mudah memikirkan objektif hidup seterusnya. Walaupun jika dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya aku macam-macam yang telah aku berpeluang alami dan lakukan, masih banyak lagi benda yang aku tidak kenal.

Itulah yang aku hendakkan kamu fikirkan. Jangan cepat dan mudah berpuas hati. Keluarkan diri kamu dari tempat yang selesa, dan abaikan apa-apa ideologi yang boleh menghalang kamu. Aku bukan suruh kamu buangkan segala apa yang kamu belajar selama ini, tetapi secara peribadi aku rasa memang membazir jika kita dilahirkan di dunia ini dan apa yang kita berjaya kecapi hanya seciput.

Sebab pada aku selagi kamu tidak menyusahkan sesiapa kecuali diri kamu, the sky is the limit. Perlu prihatin tentang keadaan sekeliling kamu, tetapi jangan biarkan orang lain menghalang apa yang kamu hendaki.

(Macam kursus motivasi pula. Aku benci bila aku menulis begini. Tapi, mungkin ada peluang buat wang ni.)

11 orang ada pendapat sendiri:

47

revolusi itu memang penting.

especially bila idea/paradigma/universe minda lama hanya menyekat perkembangan diri.

leceh bila tersekat macam tu. ala matrix, being in a dream you can't wake up from.

tapi ada je yang mampu bangun. (dan ada juga yang akan sanggup bergaduh dan berlawan semata-mata taknak bangun)

sAfFiYaHnAjLah

ada beza revolusi n evolusi..
revolusi:anjakan paradigma secara drastik..bagus!bisa mngubah dari y buruk ke y cntik sekelip mata..
tp perlu d ingat..
kena punya mental y kuat..bkn apa takut terpengaruh ngn entiti sengal meracun pemikiran..
evolusi:berperingkat..
ibarat dari meniarap-merangkak-n bertatih..
kemudian baru bisa berjalan n terus berlari tnpa pandang ke belakang lagi..

benjamin aka pekik lunak

revolusi untuk kebaikan adalah sensasi agar capai apa yang dicitakan.

cuma kadang-kala revolusi itu mekana diri sendiri dan juga memusnahkan orang yang rapat dengan kita.

tapi bagai kata pepatah, yang penting jaga hati kita dulu baru jaga hati orang lain

MaNuSiA_RuMiT

nice advice...

Sweet Thinker

Belog yang akoo suka dengan penulisan santai adalah:

1)melayu minimalist
2)kereta mayat

dua genre berbeza dan juga dua penulis berbeza. tapi satu yg dpt akoo simpulan. kedua dua nya adalah hebat dan bermanfaat untuk pencari maklumat.

The Spiral Eyes

there is only one word for the conclusion : you just give a very good advice.keep on writing

Weed and Bandages

ringkas.

ok lah tu.

ladyesah

the sky is the limit. yup :)

Emphbone

terima kasih.
akan aku ingat sampai mati.
cita-cita aku juga tinggi.

enamdegrees

zon selesa yang kita berada sekarang ni. dah selesa kan.

tapi itula dia, berani ke.

dan, penatla berada di tempat yang kita tidak selesa.

:-)

deconformed

cuba mm buat nukilan pasal ravers zaman2 Movement, hmm.. apa entah lagi.. citer skit pasal trance, garage, dnb.. hmmm etc.