Kepala Aku Senget Tidak Boleh Diluruskan.


Semenjak dua menjak ini aku asyik tertarik otot belakang mahupun leher. Memang sudah dari dahulu lagi, otot belakang aku memang lemah, sampaikan terpaksa melalui terapi haba infra-merah satu masa dahulu.
Kamu tahu kan perasaan terseliuh kaki? Bila otot kaki atau betis kamu terkujat?
Sekarang cuba bayangkan otot yang terkujat itu ialah otot belakang kamu. Sakit tau. Makcik aku yang rajin mengurut katanya aku tidak boleh kena sejuk, (Makcik aku yang sama juga sekarang berkata otot aku semakin keras. Senaman, beb!) sebab kalau kena akan mula meragamlah otot belakang aku.
Dan masalahnya perkara ini berlaku bukan ketika aku melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti boling, parkour, aggressive inline skating mahupun freestyle walking, tetapi ketika melakukan perkara mudah, seperti ketika mencapai beg dari tempat duduk belakang dalam kereta, atau ketika mencapai krim mandi ketika di dalam bilik air.
Jadi pagi tadi aku bangun seperti orang normal, tetapi selepas makan tengahari, tiba-tiba leher aku rasa macam 'salah bantal'. Sampai sekarang. Sampai tidak boleh tidur...
Haih.
25 orang ada pendapat sendiri:
Itulah, Anna nak bagi McCormick® Meat Tenderizer anda tak mau.
My mum selalu kena. If it lasts for more than a week, she goes to the clinic, doktor pun akan prescribe ubat utk muscle pain. Usually helps.
petua org tua2..hempuk tengkuk yang sakit itu dengan bantal yg ter'salah' tu 3 kali dgn kuat.sendiri.
selalunya berkesan bagi aku.
oh,gadis di MCPA tempoh hari.mmg hot.
aku pun baru tau aku ade plantar fasciitis..aduh sakit....
MM, sebenarnya urat kamu dah masuk angin, sebab tu jadi macam tu. Aku pun dulu jadi macam kamu juga. Sampaikan tak bleh tido malam, ada ketika aku menangis kerananya...sakit sangat okay. Ya, aku tak malu nak admit aku menangis kerana sakit sangat. Sampaikan aku kena amik injection pain killer dari doctor aku.Petuanya, elakkan makan benda yg berangin, seperti pulut dan benda2 yg sewaktu dengannya. Kalau boleh, kamu beli FLANIL heat rub dan sapu kat belakang kamu.Sure tido lena.
owh, aku pn slalu macam tu.
tergeliat belikat semata mahu mengambil barang di seat belakang.
sengal.
tapi takla sampai takleh tido.
tido tetap tido beb!
Mungkin disebabkan pengunaan tubuh badan yang agak agresif dan disamping usia anda yang semakin meningkat membuatkan anda mudah mendapat sakit otot.
Berkemungkinan anda patut kurangkan sedikit aktiviti parkour, aggressive inline skating mahupun freestyle walking, dan mula mencuba yoga atau meditasi. Kalau nak agresif sedikit, mungkin anda boleh tecktonik/"tck" di kelab-kelab d sekitar KL.
Tapi tolonglah jangan sekali-kali cuba shuffle! Tak sesuai nyah!
bukan salah bantal atau kesejukkan. ada hantu kuning tengek atas tengkuk awak tu. macam cerita shutter.
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu.
buwekkk~
tenggek*
LOL
MM..parkour?! kat KL bangunan tinggi2 dan sparsely distributed, aku rasa sapa2 yang try parkour kat sini, dah lama arwah :D
Biasalah kalau dah berumur dan kurang bersenam...
Adalah rasa2 tu...
keluar topik
encek MM...tolong ciptakan reaktor nuklear mini yang tahan hentaman setaraf atau lebih dari kotak hitam kapal terbang agar selamat semasa kemalangan.......x payah isi minyak hari2....
koman2 setahun sekali baru refill... ADA CARAAA??...
get well soon darlink..
:)
yeha. muscle pain.
ms weed sometime kat dada. tulang dada.
Oh !
Guilty Pillow.
Saket tau
wow...
must be hurt right...
try using koyok,selalunya menjadi,
try using extra chilli!!huuuuu....
best!!
mungkin faktor umur...
hurm..
simtom-simtom badan dihamput usia?
=)
Petua orang lama bagi "salah bantal" ni hempuk bantal ke tengkuk kita.
Tapi kalau kita tidur berpindah-pindah bantal.Tak ke jenuh.
Tapi petua tu bagi aku berkesan la jugak.memang hilang sakit tu lepas tu.
owh no wonder... the hantu kuning is the digi man.. tu la... siapa suruh guna digi.. ishish. kesian :(
ye..hempuk gune bantal, sambil selawat. try ler...
AKU BUKAN TUA SANGAT LAAAAA!
bantal?
try bosom ah seperti saranan kedai selekoh.
ok ni selalu jadi masalah utk bf i. dia mmg slalu suruh i jadi messeuse dia. kadang2 tak sakit apape pon suruh urut jugak. rasanya dia igt i ni org buta kg pandan kot. anyway suruh la ladyesah urut urat belikat (ke pengikat?) lagipon usia mm mmg dah meningkat (jgn deny ok, old man)
btw, i often dream of myself doing parkour in the streets of france. rasanya ada makna apape tak? dulu i minat fabiola da silva tapi tak mimpi main inline pon. i baca buku intepreter of dreams takda apape pasal parkour pon.
btw#2, i saw ur girl in coll the other day, quite pretty.
Catat Ulasan