Sabtu, Oktober 11, 2008

Kenapa Masih Ramai Orang Suka Menunjukkan Mereka Berkuasa Dengan Membelasah Orang Yang Tidak Terdaya Untuk Melawan Balik?

OK, baru sebentar tadi aku melepak sebentar di kedai mamak berdekatan kondo konon separa eksklusif aku (ada ramai pelakon, pengacara tv, model, pramugari dan rappers dari Botswana) dan keamanan malam tadi telah diganggu oleh sekumpulan manusia bodoh.

Bodoh di sini bermaksud lima orang yang memandu kereta nasional yang diubahsuai menjadi UFO laju-laju, dan tiba-tiba berhenti mengejut di depan kedai mamak, dan kemudiannya menendang budak hingusan dari dalam kereta dan kemudiannya terus membelasah budak tersebut beramai-ramai, dengan menggunakan batang besi, kerusi besi dan sebagainya. Sampai budak tersebut hampir mati dan berdarah-darah.

Sudah tentu ini semua dilakukan di depan kawan-kawan serta kenalan budak hingusan tersebut yang sedang berkumpul di sekurang-kurangnya tiga meja makan di mamak tersebut. Nasib baik polis datang, itu pun secara tak sengaja (aku yang terpaksa menunjukkan kepada pegawai polis tersebut yang ada pergaduhan sedang berlaku. Kiranya mungkin aku peduli sikitlah) selepas budak tersebut habis dibelasah.

Bodoh ke apa? Tak tenteram aku.

Tapi sekurang-kurang mereka tidak bersenjata api. Kamu bayangkan apa mungkin terjadi jika mereka tiba-tiba mengeluarkan flamethrower dan mengacunya ke arah budak tersebut yang kemungkinan berada di arah yang sama dengan aku yang sedang aman menikmati teh C ais?

Perisai Iron Man aku masih sedang diservis di bengkel tau.

Beginilah orang kita, cepat dipengaruhi perasaan. (Marah, berang, amuk, angau. Semuanya sama.) Tidak silap aku sudah berapa kali dah aku perhatikan pergaduhan di sekitar kawasan perumahan aku. Naik motor, naik kereta, jalan kaki, semuanya aku pernah lihat dari tingkap-tingkap besar rumah aku.

OK, aku hendak lebih bersenam memperbesarkan otot aku dan mempertajamkan skil Jedi aku.

32 orang ada pendapat sendiri:

ladyesah

huhu. im glad you're alright. owh yes sexy arms

*winkwink*

poyotito

ramai-ramai orang kat situ takkan semua tengok je?

Tanpa Nama

dah kalo bertuhankan syaitan..
agak2 sabar ade ker dalam hati..

Tanpa Nama
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown

dasatnya kawasan perumahan u :/

buih

suh ah diorg ni duk umah, baca2 blog lagi baguih...

Rhona Rozlan

hm. PANTANG!

teringat kes salah seorang kawan yang meninggal dalam tahun ni.

huh.

Madu Warna Biru

budak-budak sebenarnya nak tunjuk kumpulan mereka saja yang hebat. Dengan memukul merka rasa mereka dah besar pemikiran cetek budak-budak tu neh.. haih lagi besar drg rasa kalau drg dapat masuk jail..

dijemput ke http://groups.google.com/group/kritisanaknusapascamoden untuk berkongsi pendapat dan idea terima kasih =)

47

kejadian yang sungguh bodoh dan gila. sepatutnya hal apa pun boleh diselesaikan dengan reasoning..tapi of course lah itu cuma ideal case lah.

tapi kalau dah sampai tahap tak boleh reason dan perlu get physical pun, tak sepatutnya belasah ramai macam tu..siap dengan batang besi lagi.

aku rasa kena ada orang terapkan dan ajar konsep 'duel' kepada geng2 samseng tahi minyak serata negara.

amer zaman

kalau ada pelancong time tu mesti best..

welcome to malaysia!

we are more better than taliban!

Tanpa Nama

Dahsyatnya kawan perumahan you

-_-

random: tau tak amuk tu one of the few malay words dalam kamus oxford. rasanya amuk memang sinonim dengan melayu. satu lagi malay word dalam kamus oxford; orang utan.

ochs widdle

itulah hasil bila pemikiran diletak pada kaki.
aku tak rasa keganasan satu penyelesaian.
stup*d.

suparman

mungkin budak tu raba adik orang yang membelasah beliau, ataupun cuba tunjuk macho kacau awek orang tu atau pun mengendap bini orang tu mandi ataupun tipu mamat tu masuk MLM. Lepas tu tepon suh settle cakap kurang ajar. Kalau camtu cemana pulak !?

theblabber

sebab mereka berasakan merekalah manisua paling kuat dan bajed bagus mungkin. well, at least anda menunjukkan sedikit "keprihatinan"..bagus2 :)

Tanpa Nama

salah satu tarikan pelancong asing!

prejudis

kuatkan tulang2 kau

Siberkop

Org yg suka cari pasal selalu kena belasah.

Tak tahula org yg suka beli kasut selalu kena belasah gak ker? HeHe.

Apapun, kesian sapa yg kena tu. Moga2 kita yg lain dijauhkan.

Tanpa Nama

dalam dunia nih, pernahkah orang yang lemah menguasai orang yang lebih berkuasa?

rasa aku tidak.

encikmasen

ramai-ramai, bawak senjata, kasi belasah orang yang tak bersedia..

itu macam, tunjuk kuat apa..

ceh..aku sokong 47, satu lawan satu, tunggu siapa yang jatuh dulu..

p/s: kalau dia buat drive by, dengan teh C ais ko pun melayang..

Fiziy

aku pun hidup di dlm community botswana atau pun lebih mesra foreign student. tapi mereka ni agak segan nak berkumpul, berlepakan ramai ramai jadi kurang sikit masalah. lagi lagi pak polisi selalu ronda ronda sini. syukur alhamdulillah.

MHidzir aka Embun

masuk gym je bang, bagi macho haha..
nak tebalkan lagi kulit makan garam..
kemudian pakai baju nipis tunjuk six pack..

best tak duduk ghetto?

Faisal Zakaria

barulah pailang.

ceri masam

gila drama!

ish!

syencho

tringat aku kat videoklip ni http://www.youtube.com/watch?v=GsmzNB_eXek&NR=1

RHR

agak kesian la kepada manusia yang tidak bertuah itu.
kumpulan yang belasah tu,mesti lepas dah bantai habis dihati terdetik seketika rasa penyesalan.
selalunya terjadi kepada manusia la,tak tau la kalau manusia berperangai seakan binatang rasa camtu.
nasib baik bukan ko MM.takder la entry baru kat blog ni ak nak baca.hahaha

tank

kisah budak malang dan kerusi besi...

comel

hahaaha
gile la
alien datang belasah manusia!
ngheee!
nice post
ade mase singgah blog aku
anuar-comel.blogspot.com
tq
:)=

Tipu Tapi Benar (TTB)

Kalau MM blajar ilmu keris terbang, mesti dah boleh selamatkan budak yang diblasah tu dengan melepaskan keris terbang ke arah geng pailang tu.

er, tapi tak langgar pantang ke kalau keris terbang tu digunakan ke atas kaum sebangsa (Melayu)?

Bila difikirkan balik, alangkan bagus kalau ada vigilante seperti Rorschach di Malaysia ini.

Apapun, kalau nak jadi Jedi kena kurang-kurangkan lepak di kedai. MM kena kerap lepak di parking lot dan cuba apungkan kereta Satria Neo MM dengan kuasa minda.

adam.fairuz

Kau bertuah dapat tengok citer TAMIL secara "Live"...
Btw, mujur la ada org yg masih prihatin macam kau nie...if not, rasanya arwah dah budah yg kena lauk tu.

atiqah

sy juge melihat sesuatu seperti ini...tidak mampu berbuat pape kerana first time tgk...rase nak muntah balik charkuewtiaw yg sedang dihadam...dan ini bukan cerita tamil...kerana sy lihat ade hero melayu yg turut serta...

Tanpa Nama

wey, aku suke kau punye 'articles' .buat aku tak tidur doe, seronok. aku suke bile kau cerite sedetailnye evendo kau tak berape peduli ttg sekeliling kau. keep up thegood work, ade mase singgah ke blog aku yg tak seberape tu ye . terima kasih kerana buat hari aku happy (: iloveuhateme.blogspot