Perihal Anak Didik Yoda Dan Yoga


Ketiadaan perkhidmatan Internet dan servis Astro yang tiada servis betul-betul di rumah boleh menggilakan otak. Akibatnya aku terpaksa melakukan aktiviti-aktiviti lain, seperti bersenam dan melepak tak tentu arah di kedai mamak.
Untuk menulis nukilan pun sukar, sebab aku sukakan privasi ketika menulis, dan juga khidmat Wikipedia untuk semakan fakta. Aku bukannya seperti penulis sensasi majalah The New Republic yang kontroversi dahulu iaitu Stephen Glass, di mana dia dengan mudah telah menulis cerita-cerita fantasi yang diakuinya sebagai kisah benar. Memang mudah dia 'mereka' fakta-fakta yang kononnya benar, dan memang agak kecoh dahulu di Amerika Syarikat pada awal tahun 90an disebabkan kes ini. (Ini semua aku belajar dari menonton filem di Astro lakonan si kayu Hayden Christensen iaitu 'Shattered Glass.') Apa-apapun aku tidak sabar untuk menunggu kontroversi seumpamanya muncul sini di Malaysia.
Memang agak kecewa jika aku pandang banyak penerbitan di Malaysia yang tidak mengambil endah tentang proses semakan fakta. Semua main tulis sahaja, tanpa pengesahan bahawa apa yang ditulis itu benar ataupun tidak. Pada masa yang sama aku juga mungkin bersalah, sebab banyak rujukan aku ialah dari Wikipedia, dan tidak semuanya di sana itu adalah fakta yang sahih, walaupun aku rasa mereka sedaya-upaya (dengan bantuan orangramai) untuk mencapai status pembekal fakta termutlak di Internet.
Sebab itulah di sini, walaupun dengan polisi 'kebebasan bersuara' masih banyak penerbitan yang menapis kandungan mereka berasaskan kepentingan mana-mana pihak tertentu, tidak kisahlah dari segi politik, wang, mahupun politik wang. Ini mungkin tidak salah pun sebenarnya, tetapi menyukarkan kita semua sebagai orang yang ingin tahu jika kita semua inginkan sumber fakta (ataupun berita) yang alternatif. Aku rasa ramai orang Malaysia kita telah pun menulis tentang hal ini di blog-blog mereka. Dan kemunculan blog memanglah rahmat bagi kita semua, cuma terpulang kepada kita untuk menilai mana yang boleh pakai ataupun tidak, bukan?
Panjang betul hujah pengenalan aku hari ini. (Bahasa hari ini pun agak poyo. Beginilah rupa nukilan yang ditulis terlebih dahulu dan bukan secara spontan.)
Aku sebenarnya ingin menulis tentang satu golongan manusia yang aku perasan semenjak dua menjak ini. Bukan satu golongan tertentu, tetapi lebih kepada satu ideologi umum dan mentaliti yang dikongsi oleh ramai orang Melayu di sini.
Golongan Yang Tidak Sedar Diri Orang Malaysia.
Untuk aku, walau se-urban mana pun aku, walau sejauh mana aku sesat pun, aku bangga jadi orang Malaysia. (Ini bukan cerita pasal kaum, OK?) Aku bangga dengan segala kelebihan dan kekurangan negara aku, dan walaupun aku mungkin selalu merungut tentang keadaan di sini, aku sedar siapa diri aku. Walaupun aku dianggap kebaratan atau menyongsang atau apa pun, aku bangga yang aku bekerja dan hidup di sini, mencari rezeki selarat mana untuk kekal tinggal dan berjuang di sini.
Bukan apa, aku perasan ramai orang yang mungkin telah belajar atau tinggal sebentar di luar negara, dan kemudiannya kembali ke sini dan merungut. Yang paling biasa ialah merungut tentang cuaca panas. Tak lupa mereka yang merungut akibat sifat-sifat buruk warganegara kita, dari amalan sosial, ekonomi, tradisi dan macam-macam lagi. Merungut lebih, dan kemudiannya bermimpi kononnya diri akan lebih aman di luar negara (walaupun tinggal di sana untuk beberapa tahun) sebab rakyatnya di sana lebih bertamadun. Atau lebih bersih. Atau bercakap lebih sopan. Atau berkemaluan lebih besar/ketat. Dan banyak lagi.
Seteruk mana pun negara kamu, dan sehebat mana pun kamu, aku rasa kamu perlu ada tanggungjawab terhadap negara tempat kamu lahir. Siapa lagi yang bakal jadi pelapis rakyat serta tenaga kerja dan bakal pemimpin kalau bukan kamu sendiri? Tiada siapa yang akan memajukan kamu selain dari diri kamu sendiri. Sampai bila kamu perlu serahkan bulat-bulat tanggungjawab kepada orang luar?
Negara kita bukan seteruk mana pun. Masih boleh bekerja, ekonominya agak stabil. Semua aman dan makmur. Dan kalau kamu (dengan pendidikan di negara kononnya lebih maju dari Malaysia) tidak boleh hidup senang dan mewah dengan kelebihan yang kamu ada maka sia-sialah apa yang kamu menimba pengalaman di sana.
Betul tak? Di sini pun boleh buat yoga apa? (Eh, mungkin haram.)
26 orang ada pendapat sendiri:
mcm jiran belakang rumah aku. dia study kt UK blk sini dia sebut apple "APOL" .HAHAHA
byk penulisan blogger bersumberkan wikipedia dan chickipedia.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri.
Selama ni aku tak pernah paham peribahasa tu sampailah aku duduk kat negara orang lain. Kadang2 memang ada kelebihannya duduk negara orang lain tapi yang pasti memang boleh bukak minda timba pengalaman.
Perihal pro-kon tu perkara biasa. Lumrah manusia buat perbandingan analysis sempit atau luas. Terpulang pada diri masing2. T/jawab sgt subjektif. Terpulang pada diri masing2.
fakta saintifik tak berapa sesuai cari di wikipedia kau tahu kan?
hal macam ni rasanya lebih berlaku kepada yang duduk negara byk orang futih sebab aku tengok kawan yg study dekat india dan indon semua nak balik malaysia cepat-cepat.
yoga katanya haram kawan aku pun ada bincang. sebab kena kosongkan fikiran. (by right manusia tidak boleh ada satu saat pun tak ingat Tuhan, maka kosongkan fikiran pun tak boleh ok!) kalau buat movement je takdehal kot. tak payah jujur sangat lah nak follow semua rules yoga itu. haha. fikiran kosong ke tak kosong nak beritahu orang ke? haha. diam-diam sudah
Saya anak Malaysia!
yoga jadi haram bila ianya diamalkan sehingga menjadi cara hidup bai.. nak tenang kene amalkan cara yoga.. nak kekalkan kesihatan kena amalkan cara yoga.. pemakanan kene follow cara yoga.. so dah bukan cara hidup islam yang lu follow.. so boleh jadi bidaah dan memesongkan akidah secara tidak sedar.. itu yg gua faham lah.. huhu
*tapi teringin gak gua nak cuba bend kan badan obes gua ni.. hohohohohoho
alah...kawan2 aku yg kat obesi masih sedar diri. kawan2 aku yg ada kt sini yg x sedar diri. bila aku ckp bahasa malaysia yg baku sikit, diorang ckp aku kampung. aku tak pegi clubbing, diorang ckp aku kodi. aku tak minum, diorang ckp aku naif. kawan2 aku yg bijaksana sampai dapat tawaran pegi obesi relax je? ada la sorg yg poyo gila babi skarang smpai taknak kawan ngan aku dah. siap privatekan blog terus. apa yg dia rasa dia best sgt ntah aku pun xtau. kesimpulannya kat sini, aku mmg bengang dengan org yg x sedar diri macam bagus sangat kulit hitam tp bajet omputih. bodoh namanya tu
biar blogging fakta betul takpa tgk wikipedia, insted tulis fakta yang salah dan memalukan.
Ala, orang yang tak sedar diri tu,
tidaklah bagus juga kadangkala,
dari segi status pendidikan kita boleh respect, tapi dari segi pandangan mereka, kadangkala tak rasional.
patut ke kita tibai astro ramai2? rimas aahhh aku bila astro wat perangai...
it's all in the mind. aku kat sini hari2 duk mengidam cuaca panas macam kat msia. aku rindukan kulit yg tak kering dan boleh keluar rumah pakai selipar tat seng je, tak payah spend 5 mins every time pakai bootsegalamaknenek. so kepada yg duk merungut2 tu, jgn ngengada la wey!
sikap buruk org msia? lebih aman? lebih bertamadun? lebih bersih? mana2 pun sama lah... it's all in your mind!!!
- aku yg tak sabar nak balik msia!
yg berpengalaman keluar negara tu kira terberangan terinfeksi penyakit mat salleh.
Saya pernah duduk dekat London tapi jiwa tetap Malaysiaaa, ecehh
MM,
aku belajar di Jepun.
perasaan nak membeza-bezakan memang susah nak ubah bila dah sangat selesa di negara orang.
seriously,entry aku banyak membeza-bezakan antara Jepun dan Malaysia.
ramai dikalangan kita sependapat dengan aku (yang tahu tentang kehidupan luar dari M'sia terutamanya).kami selalu bersembang pekara ini ketika makan,masak dan ketika main game.
jadi,aku harap MM tak perlulah nak kondem golongan ini.
mungkin golongan ini yang akan bawa perubahan bila balik ke M'sia nanti.
sebab mereka tahu.apa yang kurang.
kalau aku,aku sudah mula beratur ketika menaiki LRT ketika pulang berhari raya tempoh hari.bagus bukan?
dan kasih aku kepada Msia tiada siapa boleh nafikan.yeah!
@diloz
takpa dude, kau masih di sana.
aku cuma tak gemar orang yang sudah di sini tapi tak habis2 cakap pasal kehidupan kat sana lebih best la, malaysia bodoh la etc etc.
oh.kalau tentang cuaca panas,aku rasa siapa yang merungut elok siram ais kering kat dia.
aku suka panas di Malaysia.
boleh main bola tiap-tiap petang what!
walau aku dudk london nam belas tahun tapi aku tak lupa budu dan cencaluk....
astro buat hal lagi malam tadi.. signal ok.. semua ok la.. tapi screen blank pukul 4 pagi.. dah laa masa tu game EPL baru kick off... bangsat..
nice piece(:
I read this blog when I miss home, which is almost a day a week at least and I never comment eventhough I feel like it because I don't think I can comment in Malay.
However, I do feel that I need to say something towards this post, because I fall into the exact category that you've mentioned. I don't know if I should stand up to defend why I think it is so or be ashamed of myself.
I would not like to return to Malaysia to work because I feel that medicine in Malaysia is.. well.. not as advanced as I would like. It would be a dream to be in the forefront of medical research -and- application, which is in my opinion, in the States. It's ironic I should feel this way because I'm studying in the UK. Admittedly, the medicine in UK is a bit laid back. In fact, Malaysia is more advanced than UK in terms of medical technology (or so I've been told).
The other reason why I'd prefer not to go home is because the earning power back home is just peanuts. I understand that as a doctor, the profession shouldn't come with hopes of a big paycheque. Myself being a realist, a good income is hard to ignore as a factor in my decision. My family will be investing close to 7 digits in MYR for my education, the least they could expect is for me to be able to earn a decent amount of money. This would be unlikely in Malaysia.
Lastly, our government is too corrupt for me to even love it like I do. I know where I'm from, and I say it proudly because I doubt anyone cares about Malaysian politics over here. I love my country, but it's a mess back home. Unless they clear it up, I don't see how it is ever a good reason to want to work in Malaysia.
aku amalkan yoga untuk kesihatan. takde pun aku lupa Tuhan. Aku blaja yoga, takde pun amalan baca chants atau mantera2 yang bleh pesongkan akidah aku. Aku makan normal jugak. Cikgu yoga aku tak pernah pun sebut2 pasal pemakanan cara yoga or what not. Badan aku makin sihat. Lenguh2 sendi hilang. Posture badan aku lebih elok. Stress kurang skit sbb dapat tenangkan pikiran buat seketika dan aku masih lagi ingat Tuhan. God is the Creator. Takkan pernah aku lupa tu.
Orang2 yang 'cakap banyak' ni blom tentu diorang pernah buat yoga. Jadi jangan cakap banyak sangat. Bab2 iman ni, terletak pada individu.
aku suka post ni. masa kecik dulu aku selalu berpindah randah and aku taksub gila dok overseas. pastu aku selalu pelik asal ayah aku tolak offer nak duduk permanent semua. sekarang baru aku paham. dekat overseas macam mana best pun hidup aku still tak suka perasaan yang kau boleh jadi 2 perkara je- either too visible atau too invisible. tak ada in between. atau mungkin aku je rasa macamni.
@xeem
so if everybody does exactly like you what will happen to the country?
it's up to people like you and me to actually make a change and a difference. stand tall and put up a fight, not pack your bags and take the next flight out... just my 2 cents.
aku ingat niat seseorg nak menjadi dr pasal nak mengubati orang dan membantu sesasama manusia.
aku ingat orang pergi keluar negara untuk menimba pengalaman dan berkongsi dengan mereka yang tidak berpeluang.
entahlah...
Saya setuju dengan komen MM terhadap pandangan Xeem.
Kita tak boleh mengharapkan sesuatu itu berubah sekiranya kita tidak cuba mengubahnya. Sekurang-kurangnya kita patut mencuba dari berharap ianya berubah secara sendiri.
Lagipun, Malaysia ni pun bukan teruk sangat. Boleh dikatakan majoritinya masih hidup dalam keadaan selamat dan selesa. Peluang cari rezeki pun banyak. Alangkan seorang penjual kain dari Kemboja yang bermula jual kain dari rumah ke rumah 10 tahun lalu dah boleh ada 2 rumah kedai 2 tingkat untuk perniaagaan dia sekarang ni, kalau lulusan menara gading anak malaysia mesti ada banyak peluang berbanding orang kemboja tu.
Tapi masih ada ruang untuk diperbaiki, terutamanya keselamatan, sistem pendidikan dan integriti.
Kalau nak kira dalam bidang perubatan, malaysia ni pun masih ok. Kalau Xeem berminat buat kajian, malaysia pun satu tempat yang baik sebab kita ada masyarakat yang diverse (berbilang bangsa)yang membantu di dalam ujian klinikal.
@MM : I understand your point. I'm not saying that I will -never- return. It is the climb to success and learning experience that will falter if I go home prematurely. I don't see myself returning before 40 if I get an opportunity to work in the States.
So I guess I will seek success and professional experience overseas. I will always miss home and perhaps once I know that I'm happy with my achievements I will return home to practice.
However, this is highly circumstantial. If Malaysia continues it's downward spiral of political corruption and turmoil, I don't see why I have to jeopardise my career by going back home. Only if it's safe and sound.
@bukan nama sebenar: read reply to MM.
@ttb: I can't say that Malaysia has a great research department. Having read a few papers for my first literary review paper, I did not see that Malaysia was included in any. Perhaps it isn't a subject of interest (stem cells). Unsurprisingly, Singapore had a paper or two for stem cells. Ironically, Malaysia has a stem cell bank but has no papers published in their name (just for storage, not for research).
Catat Ulasan