Pertukaran Arah Tujuan.
Aku sebenarnya malas menulis hari ini. Tapi selepas ternangis sebentar setelah menonton filem 'Reign On Me' di Astro sebentar tadi aku rasa macam tergerak hati untuk menulis.
Tapi bukan pasal filem tadi. ('Reign On Me' adalah filem kedua lakonan Adam Sandler setelah 'Click' yang berjaya menyahdukan hati aku. Agak bodoh.)
Semenjak dua menjak ini aku selalu terfikir tentang arah tujuan aku di masa akan datang. Bukan krisis umur pertengahan, cuma aku sedar di usia aku sekarang ini, aku perlu ada matlamat yang sepatutnya aku telah capai. Dan bukan matlamat-matlamat bodoh yang dibuat seorang remaja 18 tahun, tetapi matlamat-matlamat yang lebih realistik.
Dan salah satu matlamat yang aku patut ada ialah tangga gaji aku. Walaupun aku gembira bekerja sebagai seorang ahli fizik nuklear, aku dapat rasakan bahawa aku boleh mendapat ganjaran yang lebih tinggi di agensi-agensi nuklear yang lain.
Dan semalam, akibat pemotongan gaji yang tak senonoh yang bertalu-talu di agensi yang aku bekerja sekarang, aku telah nekad menghantar CV aku ke agensi-agensi lain.
Dan dalam masa kurang 24 jam aku telah mendapat 2 tawaran bekerja, di agensi-agensi lain, dengan gaji yang amat lumayan. Jadi, esok, aku akan ucapkan selamat tinggal kepada agensi aku sekarang. Wish me luck!
Mungkin mereka hendakkan aku sebab mereka pengikut blog ini kot.
27 orang ada pendapat sendiri:
selamat berjaya. tapi aku yakin dengan bakat kau memang takde masalah...
congratulation! tukar-tukar kerja bukan perkara luar biasa lagi-lagi kalau swasta. lagipun, kalau kerja teruk tak setimpal bayaran buat apa kan.
Kalau ada kecelakan di tempat kerja, ada can tak anda menjadi Nuklear Man? Tak perlu menjadi Iron Man. Dan dengan kuasa baru anda itu, bolehlah anda memeras ugut dan demand bayaran yang lebih tinggi.
:)
Selamat Hari Raya. Dah nak masuk minggu yang kedua.
@ifzan
yeah, its about time. aku masuk multinational kali ini. ada bonus!
@sarah is the one
betul tu.
@sue
istilah Nuklear Man memang agak poyo. Di dalam DC Comics Universe hero yang berkuasa nuklear ialah Firestorm. agak cool character designnya. sila google jika ignorant.
oh ya maaf zahir dan batin! ;)
sesekali ceritalah tentang ape yg MM kerjakan di tempat kerja.
hah, aku rasa kalau diorang pengikut blog ni diorang tak nak hire kau kot? haha. (i mean that in a good way la)
selamat mendapat bos baru.
wah. setelah sekian lama. akhirnya bertukar arah pulak eh. cabang yang sama ke?
Bonus=Lx3=Lebih banyak gambar kaki=Best.
dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ni, kau rasa sesuai ke nak bertukar kerja?
awww.. no more cool covers?
all the best and have fun at your new place.
So, kau akan berpindah ke sempadan France-Switzerland ker?
bertukar kerja dgn gaji yang lebih setimpal adalah yang paling best..congratulation..+)
Good luck!!!
@diloz
nothing interesting pun...
@ladynoe
ya, masih cabang yang sama, tetapi dalam industri yang berlainan :)
@siberkop
tahu2 lah, kan projek LHC tertangguh...
semoga dgn agensi baru nanti, ko tetap dpt mengemaskini blog yg seakan2 'zine' ini.
goodluck!
ni mesti advertising niiiiiiiiiiii...kan kan kan?
good luck
congrats
=)
u know i am always proud of u
Tahniah! :D
I've always wanted to be in this kind of field but yeah, when I had the chance I didn't study hard enough. haha.
bagus!pedulikan huru hara yang ada sekarang. pulihkan huru hara ekonomi diri! keputusan yang bijak tak sesukar mana untuk dibuat kan?
Ia sangat menyakitkan hati apabila upah yahg diberi tidak setimpal dengan kudrat yang dicurahkan.. lagi parah apabila terpaksa pula berdepan dengan sikap terlalu berkira pihak management.. ermm.. aku juga sedang berkira-kira mahu bertindak serupa dengan kamu MM.. :)
viel glueck
wah banyaknya ucapan tahniah dan good luck.
terima kasih semua.
aku macam gila excited ok.
nak belanja awekz.
lompat jgn x lompat bro. time muda nie la nk rebel. dah tua... org bwh kita plak rebel!
ghahaha. goodluck! im so proud of you! :)
aweks? mm ada lebih dari satu awek ke? *alihan bahasa dari english*
ekekeke :P
Catat Ulasan