Dilema Rancangan TV Realiti Asia.
Satu perkara yang aku perasan selepas muncul musim pertama rancangan 'Survivor' pada tahun 2000 lalu ialah meletupnya rancangan-rancangan TV realiti. Selepas itu memang banyak rancangan-rancangan TV sealirannya muncul, dari yang amat bagus ('The Amazing Race', 'America's Next Top Model') kepada yang amat teruk— ('Beauty & The Geek', 'Who Wants To Be A Superhero'.) Tidak lupa juga rancangan yang berasaskan selebriti seperti 'The Osbournes', 'Snoop Dogg's Fatherhood' dan 'Gene Simmons' Family Jewels', yang memberikan kita peluang untuk melihat kehidupan seharian selebriti Amerika, walaupun kadangkala memang ketara sangat mengikut kehendak skrip. (Dan 'Denise Richards' It's Complicated' memang tak boleh bla.)
Dan sudah tentu juga penerbit-penerbit siaran TV di Malaysia akan masuk ke padang yang sama. Kita di sini memang banyak rancangan TV realiti, dari yang menjanjikan wang ringgit, pekerjaan, kontrak rakaman, bini, dan macam-macam lagi.
Tetapi aku terlihat satu fenomena yang wujud di rancangan-rancangan TV realiti yang diterbitkan oleh orang kita, malah, mungkin satu Asia atau Asia Tenggara. (Kecuali Jepun. Google 'Denpa Syonen' dan kamu akan tahu mengapa.)
Orang Asia di dalam TV biasanya membosankan.
Jangan salah faham, kalau kamu letakkan satu orang perempuan Asia (lagi-lagi yang kurus, berbuah dada besar dan suka pakai bikini) di dalam rancangan yang diterbitkan di Amerika Syarikat misalnya, mungkin sesuatu yang menarik akan berlaku. Kata Mat Salleh, boleh dijadikan 'token Asian'. Mampu menambahkan ratings.
Tetapi, jikalau kamu letakkan 10 orang Malaysia yang ingin merebut sesuatu ganjaran dan kamu arahkan kru kamera mengikuti mereka, perkara paling menarik yang mungkin boleh berlaku ialah terjatuh syiling ketika ingin membayar duit tol.
Atau kereta disaman MPPJ/MPSJ/MPAJ/MDKU akibat tidak membayar duit letak kereta.
Tidak akan ada adegan-adegan dramatik yang melibatkan peninggian suara, baju T basah menampakkan puting (untuk wanita), tamparan ke muka sampai menangis, atau rancangan serta skima diabolikal untuk menjatuhkan seseorang peserta lain.
Sebab orang Asia semuanya bersopan-santun. Dan jarang yang pandai berdrama sampai terpekik-pekik dan kebiasaannya semuanya suka memakai coli. Kecuali pelakon drama.
Mungkin ini yang difikirkan penerbit 'The Amazing Race Asia' ketika mereka memilih peserta untuk rancangan musim ke-3 ini. Aku kurang pasti dengan proses pemilihan peserta untuk rancangan ini, tetapi berdasarkan apa yang aku lihat, kriterianya adalah—
• kenal penerbit atau team penerbitanJadi apa relevannya? Konsepnya memang agak lain dari konsep asal rancangan ini di Amerika, di mana peserta-peserta merantau ke satu dunia untuk merebut hadiah wang USD$1 juta (versi Asia hanya USD$100,000) dan mungkin ini sebab ianya telah diadaptasikan untuk penonton-penonton Asia. Tetapi aku masih geram dengan proses pemilihan peserta. Macam seakan-akan menonton siri drama ala TV realiti, dan bukan TV realiti sebenar.
• berwang
• model atau pelakon beragensi
• kenal model atau pelakon beragensi
• berotot (untuk lelaki), berbuah dada besar atau berkaki panjang (untuk wanita)
Bukan apa, aku pasti 'kebanyakan' aksi yang ditunjukkan di dalam rancangan tersebut adalah asli, tetapi adakah peserta yang ditonjolkan di dalam siri tersebut benar-benar menonjolkan orang Asia yang sebenar?
Ataupun orang Asia berdasarkan apa yang penerbit/penonton TV mahu? Jadi di mana realitinya?
Apa-apapun aku tidak sabar menunggu rancangan TV realiti berdasarkan kisah kehidupan seharian Siti dan Datuk K serta rancangan TV yang menonjolkan kehidupan selebriti Z-list (maksudnya senarai terkebawah-lah) selepas gambar bogel mereka disebarkan di Internet. (idea yang kedua itu hakmilik aku, sila berhubung untuk mendapatkan lesen francais.)
13 orang ada pendapat sendiri:
aku pun tertanya2 apa kriteria peserta amazing race ni. hebat sgt ke kalau nk tangkap ayam hidop pun takot?
sumber gambar??!
jap gambar tu awek malaysia ke dari negara lain?
sebab kalau malaysia tah tah aku kenal kot sorang tu
@shafie hamdan
aku kenal dua orang Malaysia di dalam gambar tu.
MM,
Susume Denpa Shōnen ni yang ada acara melibas rokok dari mulut peserta dengan tali cemeti Indiana Jones tu kan? Memang sadistik betul program ni.
Apapun, satu kelemahan paling kronik yang sering dilakukan oleh pernerbitan di Malaysia dan Asia secara amnya ialah menggunakan model/kenalan model yang cantik/orang yang kenal crew penerbitan dan bermuka cantik di dalam rancangan-rancangan yang diterbitkan. Setakat MTV tu ok la, tapi kalau realiti, kena la guna muka yang realitinya orang ramai akan nampak jika melawat Malaysia / Asia tenggara.
Memang sedih sebab penonton masih disogok dengan muka cantik dan pencari glamour dari memberikan peluang kepada orang yang betul-betul layak.
adik vince memang hot.
terasa seperti ingin meminangnya.
i was about to write something about reality shows as well semalam, tapi tak jadi sebab mengantuk sangat.
btw berkenaan post atas aku pun selalu dapat google search yang pelik-pelik macam 'buah dada makcik'.
ha ah. aku agree gila. semua peserta2 dlm amazing race asia stok muka nak mcm model2 je. and then rambut semua stok yg lawa2 and muka macam spoilt-modern-brat je. serious la, it really doesnt reflect a true asian face.
ps: and yes, most of the contestant mesti ada kacukan mat salleh. helloo?! apsal nak kena amek org yg mix2 mat salleh nih? same goes to model iklan ke apa, most of them semua nak kena muka mix2 mat salleh. only beatiful and slutty-face people can appear on tv lah? haihh..
dalam The Amazing Race Asia Season 3 ada satu team dari mana tah, nama diorang A.D. and Fuzzie. I think they reflect somewhat a bit of the Asian-ness. Hehe. And they cool.
seriously, ada heiress ek kat malaysia ni? amazing race asia boring sebab semua nak bersopan santun dan tolong menolong. takde drama. takkan semua asian macam tuh? coincidently semua masuk AR. and then i pun terfikir benda sama, napa nak kena muka macam model. pastuh kenapa nak banting padi pun kena pakai scarf cun kat leher. berangan sangat.politik betul lah.
guy fawkes...
Cantik nama tu.
Pernah buat Gunpowder Plot kan?
Apapun, Malaysia patut ada satu rancangan Realiti yang lebih terarah kepada bentuk educational. Maksudnya seperti buat satu rancangan realiti yang bagi tender buat iklan, jadi boleh la kita tengok syarikat2 iklan berusaha buat iklan simple 30 saat. Ini pun sudah kira bagus.
Catat Ulasan