Isnin, Oktober 27, 2008

Makan Nasi Lemak Sambil Berpeluh Di Rumah Sendiri Memang Menyeronokkan.

Setelah penat melayan band dari Australia yang hanya melayan satu chord selama 8 minit semalam, (bayangkanlah kalau band dari Malaysia yang buat, mesti dalam 2 minit 32 saat sudah kena boo beramai-ramai) aku terus pulang ke rumah, walaupun ramai kawan yang sedang berlepak minum beramai-ramai. Sebaliknya aku ke Kampung Baru (yang sudah dinaiktarafkan dengan kawasan pejalan kaki dan lampu-lampu pasca-moden yang amat menggembirakan populasi tikus di sana) untuk membeli dan membungkus nasi lemak overrated yang aku gemari. Dan kemudiannya aku makan sambil berpeluh berseorangan di rumah.

Entah mengapa semalam aku memang bukan di dalam mood bersosial aku. Lumix yang dibawa hanya disimpan di dalam beg, tidak dikeluarkan atau digunakan langsung untuk mengambil gambar kaki atau kasut atau lurah dada sesiapa. Aku pun tidak tahu mengapa, dan aku tak peduli sama ada sesiapa pun faham mengapa ataupun tidak.

Dan kemudiannya aku naik bengang, sebab sudah lebih satu minggu aku tidak boleh menggunakan Internet di rumah, dan Astro juga semakin bangang. Walaupun tidak hujan di mana-mana, paparan biru dengan tulisan "Service Is Currently Unavailable" dan kotak kecil kuning yang hanya aku dapat tonton sepanjang malam. Akibatnya aku terpaksa melayan lagu satu chord dengan gitar aku di rumah, untuk cuba mendapat inspirasi dari persembahan band yang aku tontoni malam semalam. (Walaupun aku bukan seorang pemain gitar.)

Aku hanya tahan 1 minit 32 saat.

Kadangkala hidup ini macam tidak keruan bukan? Mungkin aku sedih memikirkan perihal ayah aku yang sukar bergerak dan berkomunikasi, dan mungkin aku takut memikirkan kebarangkalian perkara yang sama berlaku terhadap aku. Sebab sukar untuk aku bayangkan berada di dalam satu situasi di mana aku mempunyai minda yang sihat dan segar-bugar tetapi mempunyai tubuh dan anggota badan yang tidak bertindakbalas dengan cara yang aku inginkan. Sebab itulah realiti yang ayah aku hadapi.

Dan aku kelakar melihat reaksi ahli keluarga aku yang lain bila ayah aku sukar berkomunikasi. Walaupun apa yang diinginkannya mudah (seperti, "Kaki aku kejang, tolong urutkan." ataupun "Leher aku sakit, tolong alihkan bantal.") tetapi akibat terlalu percayakan benda-benda yang karut macam-macam intepretasi mistik yang difikirkan sampai penat aku.

Sampaikan aku bising dengan ayah aku supaya kalau nak cakap, cakap betul-betul, supaya ahli keluarga aku yang penakut semua itu tidak fikirkan yang bukan-bukan. Sampai aku marahkan kakak aku supaya tidak melayan ayah aku bagaikan seorang yang terencat akal, sebab walaupun dia kadang-kadang berhalusinasi, akalnya masih berfungsi seperti biasa.

Sekian sahaja untuk hari ini, dan Selamat Menyambut Hari Diwali kepada pembaca-pembaca beragama Hindu aku semua.

24 orang ada pendapat sendiri:

Tanpa Nama

jap, kau dah check box astro kau tu tak? dekoder? aku selalu camtu gak, sebab wayar terlonggar, kau kena ketatkan sikit. atau smart card tertarik ke. sabarlah for your father wish everything will be well.

.theberuk

.turn to streamyx

.My Disco memang overrated

Tanpa Nama

harap ayah awak sembuh..coz...my family pun ada yang camtu..dan saya dah biasa dia berhalusinasi

Amri

setiap kali ayah aku sakit....aku akan marahkan diri sendiri tak jadi doktor

aku tanak benda lain dalam dunia ni...melainkan ayah aku

Siberkop

Astro tu mmg kalau ketatkan balik wayar belakang akan ok jap. Tapi rasanya semuanya berpunca dari kad emas baru tu.

ladyesah

tak boleh makan pedas lagi nak makan pedas! ishish.
good what sweaty baru sexy. huhuhu.

manusia ganjil ikan yu

check smartcard kau.

Perempuan cerdas

atau apa kata tinggalkan astro anda dalam standby mode.
selamat mencuba.

M

orangtakbetul.org

Hmm,

Kali ketiga MM bercerita mengenai keluarga yang lebih percayakan benda-benda tahyul.

Adakah sebab sebenarnya Parkinsons?

Atau stroke?

Agak menghairankan, seorang yang dilatih di dalam bidang sains lahir daripada keluarga yang lebih percayakan perkara-perkara mistikal.

Atau adakah ini semua misinformation?

Aku ada pengalaman di dalam keluarga. Seorang sepupu disahkan mempunyai schizophrenia, bapak aku (yang serba tahu itu) telah mendiagnoskan anak saudaranya tu sebenarnya dirasuk syaitan.

Tapi ubat yang diberi oleh Hospital Bahagia Tampoi tu tetap disuruhnya makan.

"Jangan membazir, kerajaan bagi free je, kalau beli sendiri mau kena 50-60 sebulan".

Mungkin perlu tukar taktik supaya semua ahli keluarga buy in your scientific solutions?

the artist and i

MM pergi ke amcorp mall cepat! gila banyak He-Man and the gang, depa pack dalam plastic satu satu. Harga dalam RM20-50 satu. Kat tingkat 3 kot. Corner. Green lantern pun ada. He-man siap dengan pedang. Yang lain semua complete. Ms Weed tengok Mr.B gila teruja, dok mencangkung saja hadap. tapi tak jadi beli..hahaha.. semua sebab nak pindah rumah baru! tapi gila MM, p usya cepat!!..

K.O.N.T.R.A. K.I.R.I.

1) sudah lama saya tak makan nasi lemak yang overated itu kerana kadang-kadang si penjual hanya sajikan nasi yang agak sikit berbanding dengan harganya.

2) astro sekarang memang out. terlalu banyak iklan

3) my disco. saya cuba menghayati tetapi belum boleh lagi

4) semoga ayah kamu berada dalam kedaan yang semakin pulih.

sarah

ohh, nasi lemak kampung baru. kalaulah di mesir ini ada makanan sebegitu.

T I N A

layan somegirls ke?

Melayu Minimalis

@tina
apa tu somegirls?

@msweed
wow! thanks!!!!

@orangtakbetul
yep, parkinsons. dah diagnosed dekat 4 tahun dah. all the symptoms are there.

hmm banyaknya advice tentang Astro. thanks!

nhanania

oo ingt kn kene parkinson tgn menggigil jer..parkinson pun xleh ckp ek? xpe laa ape2 pun jaga la ayah kau baik2..jgn rungut2..mmg org yg sakit mcm tu die akan mudah buat org keliling tersinggung hati..marah..dan sbgnya..tp percaya lah mereka pun xnk diri mereka jd sebegitu..hargailah orang tua anda selagi hayat nya masih ada.

Dammit

lagu dan band apa yang main satu chord 8 minit tu?

Tipu Tapi Benar (TTB)

2 kedai permainan di Amcorp Mall:

Ultimate Toys
L2-22, 2nd Floor, Menara Amcorp (The Amcorp Mall), No. 18 Jalan Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor, MALAYSIA.
Kavin +6012-335 1868
Jeremy +6012-326 4333
(di sini banyak jual loose action figure)

Toywiz
http://www.toywizard.net/
Steven (Toywiz: 03-79569771)

Apapun, setelah menonton Dokumentari Made In J Pop di Discovery Channel semalam telah memberikan pemahaman yang lebih dalam kepada saya tentang pengaruh remaja/golongan dalam perkembangan dan penbentukan dunia fasyen, muzik/hiburan, dan bahan bacaan di Jepun (sekaligus menjadi satu kuasa ekonomi)seperti yang MM pernah katakan sebelum ini.

Di Jepun, perkembangan tersebut mungkin mudah dicapai Jepun sebuah negara berasaskan satu bangsa, yang berkongsi satu budaya dan identiti. Maka amat mudah untuk memulakan dan membuat perubahan kerana tiada halangan asas yang perlu diatasi terlebih dahulu.

Kita di Malaysia perlu ada cara yang boleh memecahkan halangan berbagai bangsa dan berlainan identiti sebelum dapat mencapai seperti apa yang remaja/golongan muda jepun sudah capai pada saat ini. Tak cerita lagi tentang halangan minda tahap kelas ketiga dan halangan twknologi dan ekonomi yang perlu diambil kira.

errk, kenyang

parkinson...
macam ada je saya ni,
tapi depend condition,
kadang kadang jadik.
tak tau kenapa...

dewi palsu

test

dewi palsu

Alamak apa yg test test ni. Hey my dad had parkinson too.dya think i could 'talk' to you in private?
email me its dewipalsu@yahoo.com

Ta.

suehanna

sye suke entry2 awak lepas awak balik dari kg(:

orangtakbetul.org

Hmm, patutla Doktor Peribadi aku cakap yang "I make a good doctor", diagnosa aku kebanyakannya betul. Tapi dapatkan pendapat kedua (second opinion) juga tau!

Menyesal aku tak pilih course tu dulu lepas sekolah.

Anyway, I am The-poster-formerly-known-as-akumacampeduli, jadi singgah-singgah la blog aku.

kolopey

my disco br btul minimalist, lyn sampai lebam.. haha

T I N A

some girls lah yang aku tau band yang main satu chord je sampai lebam. hehe.