Rabu, Oktober 29, 2008

Filem Pendekar Bujang Lapok Memang Bagus.

Aku pasti ramai di antara kamu yang tahu tentang adegan terkenal di dalam filem klasik 'Pendekar Bujang Lapok', di mana ketiga-tiga watak utama sedang berdiri di depan sekolah buta huruf untuk orang dewasa dan watak S. Shamsuddin berkata 'Alif mim nun wau = sarkis'. Kalau kurang pasti kamu boleh tonton di bawah.



Tetapi tempohari aku perasan satu lagi perkara menarik tentang filem tersebut. Pada awal filem kita boleh lihat adegan di jeti sampan, di mana sekumpulan samseng sedang berkuasa di situ, membuli penumpang-penumpang dan mencekik darah mereka.

Cuba perhatikan baju yang semua ahli kumpulan samseng sial itu pakai. Perhatikan ada motif apa di baju mereka semua.



Kebetulan? Tidak mungkin. Bu-wek.

21 orang ada pendapat sendiri:

mulut jahat

aku dah lama perasan. bila aku tanya abang beruang aku? dia kata adidas. kata la betul2 3 line? dah lama jadik samseng ke?

FAZ

sblm dragon red, mereka telah terlebih dahulu membuatnya.konon2 ditaja oleh label besar.

Tanpa Nama

saya bukan bodoh,maksud saya berhajat jika encik yang melayu ni boleh menjadi follower saya..ok ke?

Fndy

3 line?

haha. mmg samseng ke

K.O.N.T.R.A. K.I.R.I.

hahaha..inilah yang dipanggil percaturan minda. kena perhati betul2, walaupun benda itu kecik namun masih ada maksud tersirat.

47

haha!

dang! p.ramlee memang cool. serius aku rasa ala da vinci code movie2 dia.

Nurul Binti Ibunya

huhu..
perasan sgt lmbg tuh..
pemaju keta sewa dpn pintu pagar tmpt perang saraf disini juga org kuat daerah sini..
sapa berani macam2 sama mereka..
hehe

Fiziy

sarkis sama dengan UMNO. HAHA aku pun lame dgr dulu PRamlee ni mane suke umno. tu yg die kutuk dlm pilem je.

berbulu org umno dgr ni. aku xsebut ek! si sudin yg cakap!

Azzam??

yg 3 line tu mmg dah lama perasan.. cuma before this aku tak pernah eja kan alif.. mim.. nun.. wau.. tu je..

hebat! kena main decode encode plak ngan cerita2 dia ni..

cuqisz

3 line!
ya kebetulan! :p

Tanpa Nama

p. ramlee ni dah macam nostradamus plak.

Si Penanya (?)

uish! kenapa aku tak pernah perasan???

jadi... ini bermakna....???

LuciusMaximus

sudah lama perasan alif tendang wau dan juga 3 line, malah diberitahu sendiri oleh pensyarah di uni dulu.

setiap filem p ramlee sama ada kita sedar atau tidak banyak mesej yang tersirat. skrip yang digunakan banyak bermain bahasa juga mempunyai sindiran juga pesanan untuk kita semua, di sebalik jenaka yang disampaikan.

kata p ramlee "bahasa menunjukkan bangsa." cuba teka dalam filem apa tu?

suparman

dia mmg genius. satu2 nya hobi yang aku dapat berkongsi dengan ayah aku adalah tonton citer P.Ramlee. Tengok Filem panggilan Pulau. Cuba korang tengok kasut ape P.Ramlee pakai. Converse.

Imran

http://www.youtube.com/watch?v=kAO4EVMlpwM

click it..you'll make a good competitor..kah kah kah

orangtakbetul.org

Menurut kata-kata anak Sanusi Junid di sini:

http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/05/p-ramlee-umno-member-and-critic-ah-good.html

P. Ramlee dulu memamg ahli UMNO pun.

Tu sebab cerita P Ramlee tgk banyak kali pun tak jemu. Ada macam2 mesej, dan hampir kesemuanya relevan hingga sekarang.

Mir Hamzeh

lucius maximus tanya "bahasa menunjukkan bangsa" tu dlm filim apa?

kalau tak silap aku dalam filim Seniman Bujang Lapok, P.Ramlee cakap mcm tu kat Sudin sebab kurang ajar dengan tuan Singh.

p/s: mana menghilang, lucius maximus?

Tipu Tapi Benar (TTB)

"Mahu minum apa Tuan?" - Pelayan kelab (Haji Bakhil)
"Emm.. aa.. Jin and Tonic" - Majistret Labi
"Emm.. aa.. Iblis Tonic" - Doktor Labu
"Iblis Tonic mana ada Tuan" - Pelayan kelab
"Err.. aa.. give me Setan and Tonic" - Doktor Labu
"Setan lagi tak ada Tuan" - Pelayan kelab
"Err.. now bring me Haji Bakhil and Tonic! Get out, get out!" - Doktor Labu
"Tuan..." - Pelayan kelab

Melayu Minimalis

haha jin dan tonik.

Tanpa Nama

3 garisan.

uniform kot.

akuxbiadab

ye ak mereka mmg hebat dulu skrg kebanyakan hanya sampah dan insan terbiar yang cuba mengemis perlindunga...so pathetic:p