Khamis, Oktober 16, 2008

Erti 2008.



2008 memang tahun yang banyak perubahan besar untuk aku. Semuanya, sampai sekarang, adalah perubahan yang positif.

Dan aku rasa dua perubahan yang amat besar boleh dirumus dengan memerhatikan gambar di atas. :)

Dan aku pasti juga dua perubahan itu merupakan pemangkin besar untuk langkah-langkah perubahan yang aku telah ambil seterusnya. Tanggal Januari nanti aku akan ke pejabat baru dengan rakan-rakan baru dan gaji baru, yang sudah tentu menjanjikan banyak destinasi-destinasi baru untuk aku. Macam Tokyo.

Tapi aku rasa perkara yang aku sedang seronok nantikan ialah kebebasan kewangan. Sudah lebihkurang 4-5 tahun aku statik (macam tajuk lagu kurang original sahaja), tiada perubahan, dan mungkin ketika itu aku tidak mahukan perubahan pun, sebab mungkin aku Melayu dan mudah berpuas hati.

Cukup sudah semua itu!

Aku inginkan Leica D-LUX 4, Paul Reed Smith Standard Satin (ataupun versi 'Singlecut'nya), sepasang Technics SL-1210M5G berserta Pioneer DJM-400, dan macam-macam lagi tahun 2009 nanti. (Sifat kuat berangan disertakan dengan semangat bersungguh-sungguh adalah baik, bukan?) Tidak lupa untuk menggunakan passport RM300 untuk ke negara luar selain Singapura.

Macbook Pro tak perlu beli. Majikan baru aku kasi. Secara percuma.

12 orang ada pendapat sendiri:

Ferdows

terbaik:)

Tanpa Nama

ada girlfriend hot ada kereta ada kerja baru ada macbook pro adalah satu pencapaian bagus untuk kau. good one 2008

47

haha! tahniah MM untuk dua perubahan besar tersebut! :)

revolusi kecil aku belum 100% berjaya, ada hasilnya albeit masih sedikit buat masa sekarang.

Dammit

Paul reed smith satin mmg smart! weh, Lumix tu tanak tolak?

Melayu Minimalis

thanks all.

@dammit
aku nak tolak takda orang nak beli pun. RM1300, with a Leica Cordura camera case free.

Dammit

1.3k? okey,aku pikirkan dlu(kegawatan ekonomi). btw, aku pakai prs SE. tone PRS mmg superb.

Tanpa Nama

pergi tokyo roger aku.kita tengok envy sama-sama.

p/s:ini satu pelawaan ikhlas.tiada unsur gay.

ladyesah

:)

Tanpa Nama

aku suka blog ni sejak kali pertama aku tersesat ke blog ni..2008 jg amat bermakna utk aku

Tanpa Nama

Berangan + semangat + usaha = GOOD REWARD!

Faisal Zakaria

ladyesah and the woman in your blog looks uncannily the same.

Johan Marco

uish style awek itu punya footware