Jumaat, Oktober 17, 2008

Pelik Tapi Benar.

Selain dari carian-carian yang masuk akal untuk sampai ke blog ini seperti 'akutakpeduli', 'melayu minimalis', 'buah dada', 'bikini' dan 'buah dada berbikini', ada banyak carian-carian yang sedikit sebanyak menggambarkan demografi pembaca-pembaca aku. Di sini, dan dengan menggunakan khidmat gostats.com, aku ingin kongsikan carian-carian Google serta Yahoo yang kamu telah buat untuk sampai ke sini, dan semestinya besertakan komen-komen ringkas pendapat aku tentang carian tersebut.

Amaran, jangan membaca sambil minum air nanti tersedak sampai air keluar melalui hidung.

• kilang menjual alat-alat kemera di kuala lumpur dan selangor
—salah eja kamera. Dan setahu aku kilang jarang menjual barangan, hanya mengilang barangan.

• gambar awek cun yang di johor
—di kawasan Subang lagi ramai.

• aku main dengan orang gaji
—ish. Jijik. John, stop it!

• kenapa aku tak melayu macam orang melayu
—tetapi haruskah kamu Melayu sangat sampai jadi Melayu?

• video gadis potong zakar
—aku pun nak tengok!

• senarai nama kedai menjual jeans bersaiz besar
—aku rasa kamu patut Google 'cara-cara menguruskan badan'. Kecuali kalau kamu Mat Hiphop-lah (Cerita Lain). Kalau ya, maafkan aku.

• nafsu remaja hingusan comic
—tiada komen.

• ladyesah bogel
wtf?

• kesalahan bahasa dalam iklan hotlink
—aku tidak pasti sama ada ianya iklan Hotlink atau bukan, tetapi aku perasan ada satu iklan yang mengeja 'baru' sebagai 'baharu'. Tidak lulus SPM mungkin.

• kemunculan punk pada tahun berapa
—antara tahun 1974 dengan 1976 beb.

• cincin batu petir
—aku rasa kamu tengah cari blog ini.

• check akaun cimb aku
—aku rasa kamu pula tengah cari laman ini.

• 3g gambar awek sunway lagoon
—malangnya tiada di sini tetapi aku tahu di mana ada. ;)

• zouk haram tempat
—Tempat ini memang haram. Dilarang melangkah masuk, terutamanya jika kamu pencinta cheongsam.

• wikipedia (lurus bendul)
—sebenarnya aku nak sangat buat carian ini sendiri, tengok apa yang keluar.

• tesis tentang rancangan melodi
—ingat, jangan copy and paste sahaja. Luangkan masa sedikit untuk membuat kajian, dan cuba terjah sendiri si Michelle rambut perang tu.

• sabun popinjay
—aku sebenarnya pernah suka sabun jenama 'Popinjay' suatu ketika dahulu. Sebelum aku akil baligh. Dan tiada kuasa untuk menentukan jenama sabun apa yang patut digunakan.

• picit jerawat puasa
—hukumnya tidak batal.

• peha kurus skinny jeans
—sila Google 'gadis_urban flickr'

• new teenegers fresh feshen
—kamu yang buat iklan Hotlink itu, ya?

• nak jadi pengedar kereta toyota
—jawapannya tiada di sini.

• merokok pemangkin penagih dadah
—aku merokok tetapi tidak mengambil dadah. Aku rasa staf Kementerian Kesihatan perlu lebih usaha untuk menyediakan laporan-laporan am mereka.

• megi kuah paling sedap
—mestilah Kari!

• megat johan
—cuba tambah perkataan 'Sunway'.

• maklumat lari berpagar
—aku yakin tiada maklumat tentang lari berpagar di dalam Bahasa Melayu di dalam Internet ini. Istilah Inggerisnya ialah 'hurdles'.

• karangan tentang gempa bumi
—itulah kamu, Cikgu sudah bagi kerja rumah sudah dekat seminggu. Esok sudah kena hantar tapi malam ini baru Google. Budak-budak zaman sekarang.

• fesyen katok
—ini aku betul-betul tidak faham. Apakah fesyen katok?

• cara baca kod magnum
—berjudi itu adalah haram, Bang.

• BRENDA WALSH
—aku paling bangga dengan carian ini. Dan aku tidak sabar menunggu kemunculan siri baru '90210' di Astro November ini. Harap-harap Shannen Doherty tidak banyak songel di set penggambaran.

• bersenam tapi tidak berpeluh
—jawapannya berenang.

• berita-berita tentang penagih dadah
—beginilah cara-cara kru 'Edisi Siasat' serta sidang redaksi Harian Metro mencari ilham episod/naskhah seterusnya.

• bagaimana mencairkan perempuan?
—bakar perlahan-lahan.

• cara-cara tanya seorang perempuan
—Pergi ke arah perempuan. Renung matanya. Tanya. Kalau kamu seorang perempuan pastikan orientasi seksualnya dahulu.

• cara belajar fizik
—Dengan buku teks kajian fizik, bukan blog aku.

• alang alang menyeluk pekasam
—biar sampai ke pangkal lengan.

• aku halimunan
—agak canggih juga fantasi-fantasi orang Melayu kita sekarang ya?

• akibat makan makanan segera
—rujuk carian 'senarai nama kedai menjual jeans bersaiz besar' dan 'bersenam tapi tidak berpeluh'.

Pelik tapi benar, bukan?

35 orang ada pendapat sendiri:

siggplus

alang alang menyeluk pekasam xboleh bla
terbatok2 aku gelak weh carian2 tuh

azzamoro

haah. mcm tak percaya jerk ade org buat carian sampai mcm tuh skali. biar betikkk

adam.fairuz

Nie sumer kerja orang2 yg takde idea dah la... tapi bila baca balik..memang kelakar..hehehe...

ladyesah

hahahha.
ladyesah bogel??? hahahahhahaha.

(kepada orang yang mengoggle)

kamu ingat aku ni pelakon drama swasta ke? haha.. kelakar. anyway, good luck in finding my pictures cause i doubt you'll find any. :)

mm, saya sudah pasang go stats. nak tengok what kind of searches people do. huhu. aku halimunan and bagaimana mencairkan perempuan was funny! gahaha.

:)

ladyesah

my naked pictures*

enamdegrees

Baharu: cantik, segar, hangat, muda, yang terakhir, mutakhir, moden, belum lama

Saya copy and paste dari laman web DBP.

Sejak dua menjak ini, surat khabar sendiri mengelirukan.

Ada yang menulis Kota Bharu sebagai Kota Baharu dan ada juga yang menulis Kota Baru.

Orang-orang yang peduli mesti keliru.

ryurisora

"• karangan tentang gempa bumi
—itulah kamu, Cikgu sudah bagi kerja rumah sudah dekat seminggu. Esok sudah kena hantar tapi malam ini baru Google. Budak-budak zaman sekarang."

kelakar giler..hohoho

Mr.Barrock!

haah..btol tu enamdegrees,

perkataan baharu tu memang mengelirukan...tapi sekarang perkataan tu telah diterima pakai dan boleh digunakan untuk masuk dalam karangan..macam mana aku tau? hihik..aku rujuk cikgu BM la...

maybe sebab baharu merupakan perkataan sama makna ngan baru kot..ntahla..dulu tak diterima sebab ia macam perkataan lama (eg: orang dulu eja cantik sebagai chantek..lebih kurang macam tu la..)tapi sekarang ia telah diterima pakai secara meluas..

Ayyman Rahim.

HAHAHAHA, lawak je sex maniac yang cari - cari semua

47

HAHA! sakit perut aku XD

Diloz

ladyesah!!what u have done???!!

(salah tempat)

Ami Schaheera

lol kelakarnya!

Sarah is the One

dekat universiti pun ada tulis baharu bukan baru. dekat banner. somebody told me itu perkataan yang betul DBP dah tukar, tak pernah pula buka Kamus Dewan edisi terkini

weed and bandages

haha..

macam macam!

a life less ordinary

been reading your blog since last ramadhan.anyway,have you ever been to Sarawak? Whats your coment?

Ladynoe

Hehehehe. Office-mates pelik tgok saya tergelak sorang-sorang.

ladyesah bogel dan cara-cara untuk mencairkan perempuan tu kelaka gila!

hahaahahah.

hey...ini aku

wakakaka.. nak putus tali pusat aku.

ika

soo funny...

amoi chantek

aku pernah gak tanya mak aku.. skrg eja "baru" sudah ditukar kepada "baharu" kew? cz aku perasan dalam iklan syampoo

Dayana

watak Silver dalam 90210 menarik.

KnowLee

Wah! Banyak betul!

rOhock

hahahaha....

one love

ejaan baru dan baharu...

ada semakan baru dalam bahasa Malaysia pada tahun ini.

baharu utk new
baru untuk sebentar tadi

jadi iklan kita tu guna yang baharu!

Selendang Biru

"• cara belajar fizik
—Dengan buku teks kajian fizik, bukan blog aku."

Aku akan rasa bangga gila jikalau aku kau!

Dah lama baca blog ni. Banyak memberi inspirasi. :)

Zulkarnain Azman

owh cik minimalis, baharu betul, baru pun betul... bezanya hanya pada penggunaan~ harap maklum

Norhazila Mohd Rafien @ Nani Allen

• kesalahan bahasa dalam iklan hotlink
—aku tidak pasti sama ada ianya iklan Hotlink atau bukan, tetapi aku perasan ada satu iklan yang mengeja 'baru' sebagai 'baharu'. Tidak lulus SPM mungkin.

-baharu tu ejaan baru.

eamy

err..carian maklumat lari berpagar tu tak significant langsung. tak kene! hahaha

Qis

iklan DIGI yg gunakan perkataan Baharu..bagaimana dgn JB? johor Baru atau Johor Bahru?

.abell.habil.

hahaha.alang alang menyeluk perkasam.

apa kejadah nya google peribahasa.ahahaha.

Patik

alam Sejahtera, untuk makluman semua,

Baru = untuk masa (sebentar tadi)

Baharu = untuk yang lain selain masa

Nama tempat seperti Johor Bahru, Kota Bahru, kekal sebab PBT kata tak larat nak tukar dah, contoh dalam peta, tanda jalan...

Contoh ayat, John baru beli kereta Baharu.

Harap dapat membantu

meen the dragqueen

baharu tu betul :)

Mr Am

adeh.. tergelak besar aku baca.. haha..

chivv

gilo hahhhhha...aku tgh keje ni nak gelak terbahak2 pun takle krkr

(^_^) Lady In Blue (^_^)

*new teenegers fresh feshen
—kamu yang buat iklan Hotlink itu, ya?

XD XD XD

penat gelak.mmg pelik tp benar.
anyway,intereting blog. =)

(^_^) Lady In Blue (^_^)

*interesting =)